PROGRAM PUTRA BAKTI PUTRA PAWSIONATE DAPAT SAMBUTAN MENGGALAKKAN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » PROGRAM PUTRA BAKTI PUTRA PAWSIONATE DAPAT SAMBUTAN MENGGALAKKAN

PROGRAM PUTRA BAKTI PUTRA PAWSIONATE DAPAT SAMBUTAN MENGGALAKKAN

BINTULU: Suntikan vaksin anti rabies secara percuma di bawah Program Putra Bakti Putra Pawsionate mendapat sambutan menggalakkan daripada pemilik haiwan peliharaan membabitkan anjing dan kucing serta haiwan terbiar di pekarangan pusat beli-belah The Spring Bintulu, baru-baru ini.

Jurucakap penganjur berkata, lebih 1,000 pengunjung yang hadir pada program itu telah memberikan maklum balas positif. Turut hadir menyokong usaha itu Pengarah Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) Profesor Dr Shahrul Razid Sarbini dan tetamu kehormat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming.

Katanya, program ini turut mendapat sokongan dan bantuan daripada premis perniagaan dalam bidang berkaitan di seluruh Sarawak dan Sabah.

Selain itu katanya, turut diadakan adalah pertunjukan anjing pengesan Unit K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu.

Masyarakat setempat telah memanfaatkan peluang yang diberi dengan membawa haiwan peliharaan untuk mendapatkan rawatan yang disediakan tersebut antaranya suntikan vaksin anti-rabies dan penyahcacingan, katanya.

Pada masa sama katanya, Hope4Stray Bintulu juga turut mengadakan aktiviti bersama dengan Jabatan Perkhimatan Veterinar Sarawak (DVS) dalam membantu kerja-kerja memberikan suntikan vaksin anti-rabies kepada haiwan-haiwan berkaitan.

Date of Input: 08/06/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcWA5~