PROGRAM KSR BLOOD DONATION SERIES 2023 : ONCE A BLOOD DONOR, ALWAYS A LIFESAVER | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » PROGRAM KSR BLOOD DONATION SERIES 2023 : ONCE A BLOOD DONOR, ALWAYS A LIFESAVER

PROGRAM KSR BLOOD DONATION SERIES 2023 : ONCE A BLOOD DONOR, ALWAYS A LIFESAVER

Bintulu, 16 Disember 2023 - Program KSR Blood Donation Series 2023 : Once A Blood Donor, Always A Lifesaver anjuran Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sri Rajang Sesi 2023/2024 bermula seawal jam 9:00 pagi sehingga 1 petang. Program ini diadakan dengan kerjasama Kolej Sri Rajang UPMKB serta Bahagian Tabung Darah, Hospital Bintulu.

Kolej Sri Rajang, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu mencatatkan 43 beg darah yang terkumpul daripada 90 peserta yang telah mendaftar pada minggu ini. Seramai 90 orang peserta tersebut terdiri dari pelbagai latar belakang termasuklah pelajar mahupun staf UPMKB serta orang awam turut sama-sama hadir memeriahkan lagi program tersebut. Program ini juga turut dihadiri oleh Puan Rosidah binti Basir selaku Penolong Pendaftar Kanan, KSR, bagi sama - sama membantu dan memeriahkan lagi program ini.

Jutaan penghargaan kepada semua penaja, sukarelawan serta jawatankuasa yang bertungkus lumus menjalankan tugas, semua yang menaja makanan/minuman dan hospital/tabung darah yang membantu menjayakan KSR Blood Donation Series 2023 : Once A Blood Donor, Always A Lifesaver.

Date of Input: 21/12/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcOAK~