7 Januari 2023 - Program Komuniti Prihatin Santuni Alam bersama komuniti Kampung Jepak telah diadakan pada 7 Januari 2023 (Sabtu), di Dewan Kampung Warisan, Jepak.
Â
Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato Haji Talib Zulpilip, ADUN Jepak. Program anjuran pelajar Bacelor Sains Pembangunan Manusia dan Pengurusan Semester 3 sesi Akademik 2022/2023 dengan kerjasama Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar, Sarawak dilaksanakan bagi memenuhi keperluan projek amali subjek Kerja Sosial dan Perkhidmatan Manusia.
Â
Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar terhadap perkhidmatan kerja sosial melalui penganjuran program dengan membantu komuniti meningkatkan kefungsian dalam melestarikan alam sekitar.
Â
Antara aktiviti yang diadakan ialah Walking with Nature bersama Komuniti dan Forum Nature for Future melibatkan 3 orang panel iaitu En. Khairul Rizuan Azizan (Wartawan TV3), Chm Pn Nuraida (Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak) dan PM Dr. Mohd Ibrani Sharimin Adam Assim (UPMKB).
Â
Penghargaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama sepanjang program ini. Tahniah kepada pelajar-pelajar BSPMP Semester 3.
Date of Input: 09/01/2023 | lanz
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia