PROGRAM KOMUNITI MCDONALDS Dan RMHC BINTULU MENYANTUNI JUADAH MOREH DI UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » PROGRAM KOMUNITI MCDONALDS dan RMHC BINTULU MENYANTUNI JUADAH MOREH DI UPMKB

PROGRAM KOMUNITI MCDONALDS dan RMHC BINTULU MENYANTUNI JUADAH MOREH DI UPMKB

BINTULU 30 Mac 2023 Program Komuniti McDonalds dan RMHC Bintulu telan memberikan sumbangan juadah moreh kepada pelajar di Pusat Islam UPMKB.
Di dalam Program ini Juadah moreh diserahkan kepada pelajar UPMKB yang sangat teruja menikmati juadah berbuka berbeza dari hari lain.

McDonalds Malaysia pada tahun ini komited meneruskan pelbagai aktiviti tahunan lain sempena sambutan bulan Ramadan antaranya termasuklah tajaan moreh di surau-surau dan masjid-masjid di sekitar lokasi restorannya serta tajaan moreh di institusi- institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia.

Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan setempat juga merupakan aktiviti yang sering dijalankan di restoran-restoran McDonalds di Malaysia. Sejak tahun 2016 sehingga kini lebih dari 10,000 aktiviti bersama komuniti telah dijalankan oleh restoran-restoran McDonalds di seluruh negara.

Alhamdulillah Pihak Pengurusan Jawatankuasa Pusat Islam UPMKB dan pelajar sangat gembira diatas sumbangan ini dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada McDonalds Malaysia. Semoga Ramadhan ini mengajar kita nikmat berkongsi rezeki dan kegembiraan.

Date of Input: 09/05/2023 | Updated: 09/05/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcTA1~