PROGRAM KOMUNITI DI ULU SEBAUH, RUMAH PANJANG MEIKLE DING | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » PROGRAM KOMUNITI DI ULU SEBAUH, RUMAH PANJANG MEIKLE DING

PROGRAM KOMUNITI DI ULU SEBAUH, RUMAH PANJANG MEIKLE DING

BINTULU, 21 Oktober 2023 - Pelajar Diploma Pembangunan Manusia Semester 4, Sesi 2022/2023 dari Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Sarawak dibawah bimbingan 2 orang pensyarah iaitu Dr. Abdul Hadi dan Dr. Rohaizahtulamni telah menganjurkan Program Komuniti Ulu Sebauh yang bertempat di Rumah Panjang Meikle Ding, Ulu Sebauh, Sekutan.

Program ini telah mendapat sambutan dengan penuh semangat dan memperolehi kejayaan serta mencipta impak positif dalam komuniti setempat. Program Komuniti ini adalah sebahagian daripada inisiatif universiti dalam meningkatkan kesedaran dan penglibatan pelajar dalam pembangunan sosial bersama penduduk rumah panjang. Tambahan pula , ianya dapat menambahkan pengalaman kepada para pelajar dalam merasai suasana kawasan berada di rumah panjang yang juga difahamkan sebagai simbolik masyarakat Sarawak.

Satu hal yang menarik perhatian dalam menjadikan program ini berjaya adalah pelajar - pelajar telah bersatu tenaga dalam pelbagai projek pembangunan komuniti, dari projek seni lukisan mural sehingga program penambahbaikan fasiliti di sekitar kawasan rumah panjang tersebut. Keterlibatan aktif penduduk rumah panjang telah memupuk semangat gotong - royong secara tidak langsung memperkuatkan jalinan sosial dalam kalangan penduduk rumah panjang bersama pelajar - pelajar tersebut.

Penyerahan anak pokok bunga ini bukan sahaja bertujuan sebagai simbolik program, malah untuk memberi hasil tanaman yang dilakukan oleh pelajar UPMKB sendiri. Selain itu, ia juga bagi memulihkan kawasan persekitaran rumah panjang dengan hasil tanaman anak pokok bunga itu bagi mengekalkan keindahan alam semula jadi di kawasan tersebut.

Setelah penyerahan pokok anak bunga kepada tuai rumah Meikle Ding, justeru Dr. Abdul Hadi, Dr. Amni dan beberapa orang AJKT daripada pelajar DPM semester 4 bersama- sama membantu untuk penanaman pokok anak bunga yang telah di sumbangkan kepada penduduk rumah panjang bagi memberi keindahan kepada kawasan persekitaran rumah panjang tersebut. Hal ini juga menjadi simbolik program komuniti yang bertujuan mengekalkan dan menjaga alam semula jadi.

Date of Input: 19/12/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcGAv~