PROGRAM JANGAN SKIP SAHUR SANTUNI PELAJAR KURANG BERKEMAMPUAN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » PROGRAM JANGAN SKIP SAHUR SANTUNI PELAJAR KURANG BERKEMAMPUAN

PROGRAM JANGAN SKIP SAHUR SANTUNI PELAJAR KURANG BERKEMAMPUAN

BINTULU, Baru-baru ini, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) dengan kerjasama Pusat Zakat, Wakaf dan Endowmen (WAZAN) dan Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Sri Rajang telah menganjurkan Program Jangan Skip Sahur yang melibatkan seramai 150 orang pelajar memerlukan. Program yang julung kali diadakan ini telah disampaikan oleh Dr. Kamil Latif, Pengetua Kolej merangkap Ketua Hal Ehwal Pelajar, UPMKB.

Menurut Dr. Kamil Latif, program Jangan Skip Sahur ini diadakan bertujuan untuk meringankan bebanan pelajar yang kurang berkemampuan selain meningkatkan motivasi pelajar untuk terus bersemangat menuntut ilmu walaupun berada jauh dari pangkuan keluarga.

Hadir sekali dalam program ini adalah Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Sri Rajang, Saudara Yashod A/L Subramaniam berkata, faktor kos sara hidup kos harga barangan dan peningkatan inflasi menyebabkan pelajar berjimat cermat sewaktu Bulan Ramadan. Program ini katanya akan membantu pelajar mengurangkan beban kewangan terutama dihujung semester.

Selain inisiatif bantuan sahur kepada pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UPMKB turut menyediakan Putra FoodBank kepada pelajar UPMKB. Putra FoodBank merupakan satu inisiatif bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan bantuan makanan dan keperluan asas secara percuma yang dibuka pada setiap hari (waktu pejabat).
Justeru, bagi individu atau agensi yang berminat untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan ini, BHEP, UPMKB amat mengalu-alukan sumbangan berbentuk kewangan atau barangan keperluan asas seperti makanan, minuman dan keperluan diri yang lain untuk disumbangkan kepada Putra FoodBank. Sumbangan barangan boleh dihantar terus ke Pejabat Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Tingkat 2, Bangunan Pentadbiran, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak. Sumbangan berbentuk kewangan boleh disalurkan terus ke akaun 8005232086 (CIMB Bank Berhad) atas nama UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU – Rujukan Putra FoodBank. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan dan pertanyaan, boleh berhubung terus dengan Hairunisah Abdul Rahman, di talian 086-855657 atau menerusi emel hairunisah@upm.edu.my.

Diharapkan sumbangan seperti ini dapat meningkatkan motivasi dan memberi galakan kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk terus berjaya dalam akademik.

Date of Input: 09/05/2023 | Updated: 09/05/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcTAA~