PROGRAM JALINAN KASIH TANI BERANYI BERSAMA YANG AMAT BERHORMAT DATUK PATINGGI TAN SRI (DR) ABANG HAJI ABDUL RAHMAN ZOHARI BIN TUN DATUK ABANG HAJI OPENG, PREMIER SARAWAK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » PROGRAM JALINAN KASIH TANI BERANYI BERSAMA YANG AMAT BERHORMAT DATUK PATINGGI TAN SRI (DR) ABANG HAJI ABDUL RAHMAN ZOHARI BIN TUN DATUK ABANG HAJI OPENG, PREMIER SARAWAK

PROGRAM JALINAN KASIH TANI BERANYI BERSAMA YANG AMAT BERHORMAT DATUK PATINGGI TAN SRI (DR) ABANG HAJI ABDUL RAHMAN ZOHARI BIN TUN DATUK ABANG HAJI OPENG, PREMIER SARAWAK

Sekitar Program Jalinan Kasih Tani Beranyi Bersama Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak.

Program ini turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Dato Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor UPM diiringi oleh Prof. Dr. Zamberi Sekawi, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan Prof. Ir. Dr. B.T. Hang Tuah Baharudin, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat).

Program menuai padi pada petang semalam adalah hasil daripada plot penyelidikan Projek Transformasi Padi Agrihub@Gedong di Kampung Lubok Punggor yang usahakan oleh sekumpulan penyelidik daripada UPM Kampus Bintulu Sarawak diketuai oleh Yang Berusaha Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini, Pengarah UPM Kampus Bintulu Sarawak.

Projek ini bertujuan untuk mengubah cara penanaman padi tradisional kepada pertanian padi moden menggunakan Amalan Pertanian Baik (GAP) dan melibatkan Jentera Pertanian serta Teknologi ICT.

Tansformasi ini diharapkan dapat menambah pengeluaran padi di Lubok Punggor khasnya dan di Sarawak amnya dengan mengusahakan penanaman padi 5 kali dalam tempoh 2 tahun, meningkatkan pendapatan petani setempat serta menyokong hasrat Wilayah Sarawak untuk menjadi pengeluar padi di Malaysia menjelang tahun 2030.


Date of Input: 28/02/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcSA7~