PROGRAM INTEGRASI ILMU PENJENTERAAN PELAJAR DIPLOMA KEJURUTERAAN TEKNOLOGI PERTANIAN (SEMESTER 5) DI TRACTORS MALAYSIA, BINTULU, SARAWAK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » PROGRAM INTEGRASI ILMU PENJENTERAAN PELAJAR DIPLOMA KEJURUTERAAN TEKNOLOGI PERTANIAN (SEMESTER 5) DI TRACTORS MALAYSIA, BINTULU, SARAWAK

PROGRAM INTEGRASI ILMU PENJENTERAAN PELAJAR DIPLOMA KEJURUTERAAN TEKNOLOGI PERTANIAN (SEMESTER 5) DI TRACTORS MALAYSIA, BINTULU, SARAWAK

Bintulu, 3 Oktober 2023: Seramai 30 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Teknologi Pertanian semester 5 (DKTP05) sesi 2023/2024 telah mengadakan “Program Integrasi Ilmu Penjenteraan” di Tractors Malaysia. Program ini turut disertai oleh enam orang pensyarah dari Jabatan Sains dan Teknologi, Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains iaitu Dr. Juniza Md Saad selaku penasihat program, Dr. Omar Faruqi Marzuki, Dr. Mohd Hamim Abdul Aziz, Dr. Fatin Hana Naning@Zin, Dr. Alvin Lim Teik Zheng, Dr Aaliyawani Ezzerin Sinin, dan seorang pegawai dari Pusat Pertanian Putra, En. Safri Abidin. Pada jam seawal 7.15 pagi, para peserta berkumpul di Dataran C, Kolej Sri Rajang, UPMKB dan sarapan pagi diagihkan kepada semua peserta. Perjalanan ke Tractors Malaysia bermula pada jam 8.00 pagi dan mengambil masa selama 20 minit.

Setiba sahaja di Tractors Malaysia, peserta disambut dengan baik oleh En. Martin Tubai anak Angai. Program ini telah dimulakan dengan taklimat ringkas yang disampaikan oleh En. Kenrick Keaton anak Barnabas yang merupakan Pegawai Keselamatan Wilayah (Regional Safety Officer) bagi Malaysia Timur dan Brunei. Taklimat tersebut merangkumi pengenalan mengenai sejarah syarikat Tractors Malaysia dibawah pengurusan Sime Darby Industrial Sdn. Bhd. Pendedahan mengenai pelbagai jenis industri jentera, dalam pelbagai sektor yang sudah lama bertapak di pelusuk dunia turut diberikan.

Taklimat seterusnya telah disampaikan oleh En. Wilson Sirau. Dalam perkongsian ini, peserta didedahkan dengan pelbagai jenis industri jentera yang berkhusus kepada sektor pertanian. Antara yang cukup terkenal dan sering digunakan adalah traktor TD90, TT4.SS dan pelbagai jenis jentera yang lain keluaran New Holland. Perkongsian mengenai implemen yang bersesuaian dengan aktiviti pertanian turut diberikan

Selesai sahaja taklimat, sesi diteruskan dengan penyampaian sijil dan plak penghargaan kepada pihak Tractors Malaysia, Bintulu. Peserta diberikan rehat selamat 30 minit untuk menikmati juadah yang telah disediakan. Peserta seterusnya dibawa untuk mengunjungi ruang jentera. Peserta diperkenalkan dengan kepelbagaian jenis jentera yang digunakan dalam pelbagai sektor terutama pertanian dan mempelajari mengenai sistem - sistem enjin traktor.

Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Tractors Malaysia, Bintulu kerana telah memberikan kerjasama serta komitmen dalam menjayakan Program Integrasi Ilmu Penjenteraan. Diharapkan agar jalinan usahasama antara pihak universiti dan industri ini dapat diteruskan agar dapat membangunkan kemenjadian pelajar.

Date of Input: 19/10/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcAAX~