PROGRAM BELAJAR CARA BELAJAR DAN MOTIVASI KECEMERLANGAN PELAJAR ASRAMA SMK BAKUN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » PROGRAM BELAJAR CARA BELAJAR DAN MOTIVASI KECEMERLANGAN PELAJAR ASRAMA SMK BAKUN

PROGRAM BELAJAR CARA BELAJAR DAN MOTIVASI KECEMERLANGAN PELAJAR ASRAMA SMK BAKUN


BINTULU, 13 Januari 2023 - Bahagian Pengurusan Akademik dan Penyelidikan UPMKB telah dijemput ke Program Belajar Cara Belajar dan Motivasi Kecemerlangan Pelajar Asrama SMK Bakun yang melibatkan seramai 600 orang pelajar asrama.
 
Program tersebut dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Asrama SMK Bakun. Hadir bersama ke program tersebut adalah Encik Wanus Lasan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid serta guru-guru yang terlibat.
 
Ceramah Motivasi dan Penerangan Laluan masuk ke UPMKB serta penerangan penawaran program-program pengajian di UPMKB telah disampaikan oleh Encik Sudirman Bin Asmadi, Ketua Bahagian Pengurusan Akademik dan Penyelidikan dan turut dibantu oleh beberapa staf BPAP.
 
Semoga dengan adanya program sebegini, pelajar SMK Bakun akan mendapat motivasi untuk mencapai kecemerlangan serta pendedahan awal untuk menyambung pengajian di IPTA terutamanya di UPMKB.

Date of Input: 18/01/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEdBAz~