PROGRAM BAKTI SISWA BERSAMA SK SEBAUH DENGAN BERTEMAKAN – CLASH OF UNIVERSES : MARVEL VS DC | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » PROGRAM BAKTI SISWA BERSAMA SK SEBAUH DENGAN BERTEMAKAN – CLASH OF UNIVERSES : MARVEL VS DC

PROGRAM BAKTI SISWA BERSAMA SK SEBAUH DENGAN BERTEMAKAN – CLASH OF UNIVERSES : MARVEL VS DC


Bintulu 10 November hingga 11 November 2023 – Seramai 37 pelajar QKK2101 Bakti Siswa Kumpulan 3 Sesi Akademik 2023/2024 dengan kerjasama Pejabat Pengurusan Pelajar, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu telah menganjurkan Program Bakti Siswa secara bersemuka di SK Sebauh.

Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan orang awam dan warga UPMKB serta memberikan pendedahan kepada masyarakat di Sebauh mengenai pentingnya Bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah sebagai bahasa kedua di Malaysia.

Menurut pengarah program QKK2101 Muhammad Ruzain Aqmar Bin Ibrahim, aktiviti ini dilakukan adalah untuk mengasah pengetahuan murid yang terlibat. Selain itu, program ini dilaksanakan dengan menggunakan Bahasa Inggeris, ini adalah untuk menarik minat murid untuk mendalami serta menerokai bahasa tersebut.

Program ini bukan diadakan sekadar untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam masyarakat luar dan warga UPMKB malahan ianya juga adalah untuk memberi pendedahan kepada murid sekolah rendah dalam Bahasa Inggeris melalui pelbagai permainan serta pertandingan yang menggunakan Bahasa Inggeris.

Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang 2 hari dalam program tersebut adalah Ice Breaking, Treasure Hunt dengan terbahaginya kepada 6 check point yang berlainan jenis permainan dan pertandingan Choral Speaking yang melibatkan pelajar SK Sebauh dari darjah 1 dan 6.

Program yang disertai oleh 74 orang termasuk murid sekolah SK Sebauh, Pelajar Bakti Siswa Kumpulan 3, Pensyarah Pengiring, dan Guru Pengiring telah berjalan dengan lancar dan semua peserta yang terlibat sangat berpuas hati dengan kejayaan program tersebut. Walaupun dijalankan hanya dalam masa 2 hari, tetapi semua pihak yang terlibat berasa lega kerana telah mencapai misi yang telah ditetapkan serta mencapai perancangan semua pihak.

Adalah diharapkan UPMKB akan dapat menganjurkan lebih banyak lagi program Bahasa Inggeris agar lebih ramai orang menyedari kepentingan Bahasa Inggeris untuk masa hadapan dan kerjaya anak-anak mereka.

Date of Input: 19/12/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEbXAi~