PROGRAM AKADEMI SUKAN BOLA TAMPAR UPMKB DIJAYAKAN DI SK KIDURONG 2 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » PROGRAM AKADEMI SUKAN BOLA TAMPAR UPMKB DIJAYAKAN DI SK KIDURONG 2

PROGRAM AKADEMI SUKAN BOLA TAMPAR UPMKB DIJAYAKAN DI SK KIDURONG 2

BINTULU: Program Akademi Sukan Bola Tampar di Sekolah Kebangsaan (SK) Kidurong 2 telah diadakan dengan jayanya pada hujung minggu lalu oleh pelajar Kursus QKS2120 Bola Tampar (Kumpulan 1) Semester Kedua Sesi Akademik 2023/2024 Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB).
Fasilitator programnya Roslan Ismail berkata, sambutan yang diberikan begitu menggalakkan dengan penglibatan 60 murid sekolah rendah di sekitar Bintulu.
Katanya, program itu bertujuan mencungkil bakat muda dalam kalangan pelajar sekali gus melahirkan pelajar The Thinking Athlete yang mampu meningkatkan prestasi dan pencapaian sukan negara serta membentuk sikap profesionalisme yang boleh dicontohi semua.
Beliau berkata, program yang julung kalinya diadakan itu menggunakan kaedah pembelajaran secara bersemuka, selain ceramah tentang teknik-teknik asas dalam permainan bola tampar.
Beberapa aktiviti melibatkan fizikal serta permainan turut diadakan untuk mengukuhkan asas-asas ketika bermain bola tampar, ujarnya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, penceramah dan jurulatih yang mengendalikan program ini ialah Welly guru SK Kidurong 2 yang berpengalaman luas dalam sukan ini serta memiliki Sijil Kejurulatihan Bola Tampar Kebangsaan Tahap 3.
Sementara itu, guru lain yang turut terlibat ialah Nur Sufiana Md. Sith dari SK Sri Simalajau yang menyampaikan ceramah bertajuk Jolly Volley iaitu pengenalan sukan bola tampar melalui latihan dalam kumpulan.
Penceramah lain terdiri daripada Ketua Jabatan Sains dan Teknologi, Fakulti Kemanusiaan Pengurusan dan Sains UPMKB Dr Wan Nor Zanariah Zainol@Abdullah yang mengupas tajuk Healthy Food, Healthy Me serta Felo Pengajar Jabatan Sains Sosial dan Pengurusan, Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains UPMKB Dr Abdul Hadi Samsi menyentuh tajuk If I Can, You Can Too.
Program turut melibatkan sesi teori, praktikal serta kejohanan mini antara peserta bagi menguji pemahaman dan tahap kemahiran mereka.
Perasmian disempurnakan Guru Besar SK Kidurong 2 Rozalani Raini dan turut hadir Ketua Pentadbir Pejabat Pengurusan Pelajar UPMKB Mohamad Syukri Mohamad Adnan dan Pegawai Psikologi Kanan Pejabat Pengurusan Pelajar UPMKB Hairunisah Abdul Rahman.

Date of Input: 13/03/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcFAf~