PROGRAM ADVOKASI KOMUNITI PERMULAAN KERJASAMA ERAT UPM KAMPUS BINTULU DAN PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT JEPAK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » PROGRAM ADVOKASI KOMUNITI PERMULAAN KERJASAMA ERAT UPM KAMPUS BINTULU DAN PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT JEPAK

PROGRAM ADVOKASI KOMUNITI PERMULAAN KERJASAMA ERAT UPM KAMPUS BINTULU DAN PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT JEPAK


BINTULU, 21 Disember - Program Sahabat Maritim Bebas Dadah Bersama Komuniti Jepak yang bakal diadakan pada bulan Januari 2024 melibatkan mahasiswa Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) merupakan titik permulaan kerjasama erat kampus berkenaan dengan Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, YB Tuan Iskandar Turkee menjelaskan, program advokasi sedemikian adalah pendekatan yang amat diperlukan oleh komuniti nelayan khususnya belia di kawasan kampung Jepak bagi mendapat maklumat mengenai bahaya aktiviti jenayah penyeludupan dan penyalahgunaan dadah serta bahan terlarang.

Katanya, penganjuran program sedemikian merupakan langkah proaktif dalam memastikan ahli masyarakat terlibat sama bagi membanteras isu dadah khususnya di DUN Jepak. Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Induk Program Sahabat Maritim Bebas Dadah Bersama Komuniti Jepak di sini semalam.

Turut hadir sama Pengarah UPMKB, Prof. Dr Shahrul Razid Sarbini, Dekan Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains UPMKB, Prof. Madya. Dr. Mohamad Maulana Magiman serta beberapa wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Bintulu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pejabat Zon Maritim Bintulu, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Bintulu serta Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA).

Dalam pada itu, Dekan Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains, UPMKB, Prof. Madya. Dr. Mohamad Maulana Magiman turut berkata, program jaringan komuniti ini merupakan elemen yang terkandung dalam kurikulum pembelajaran mahasiswa di kampus ini iaitu Community Resilience Experiential Learning (CARE).

Melalui CARE kata beliau, mahasiswa perlu berinteraksi dengan komuniti bagi menyelesaikan permasalahan setempat dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang mereka telah pelajari.

Date of Input: 21/12/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcDAs~