PELAJAR BAHARU DISERU MEMBINA JATI DIRI DAN PERSONALITI KETIKA DI UNIVERSITI | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » PELAJAR BAHARU DISERU MEMBINA JATI DIRI DAN PERSONALITI KETIKA DI UNIVERSITI

PELAJAR BAHARU DISERU MEMBINA JATI DIRI DAN PERSONALITI KETIKA DI UNIVERSITI


Bintulu, 4 Oktober 2023 - Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini, Pengarah Kampus, UPMKB dalam Sesi Bersua Bersama Pengarah Kampus Pelajar Baharu dalam ucapannya menyeru pelajar baharu agar menjadikan universiti bukan hanya sebagai tempat menuntut ilmu semata-mata, tetapi turut mengambil peluang untuk membina jati diri dan personaliti yang unggul sepanjang bergelar mahasiswa mahasiswi.

Untuk menjadi pelajar yang berkarisma, pelajar baharu juga perlu menitikberatkan kemahiran insaniah dan perlu menjadi lebih dinamik bagi menyesuaikan diri dalam persekitaran yang kian mencabar dan penuh dengan ketidakpastian pada masa kini.

Ujar beliau lagi, sebagai mahasiswa, pelajar datang ke universiti membawa harapan kedua ibu bapa. Oleh yang demikian, pelajar hendaklah belajar bersungguh-sungguh agar tidak mengecewakan harapan kedua orang tua yang telah bersusah payah menghantar mereka ke universiti.

Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar baharu kerana berjaya melanjutkan pelajaran di UPMKB yang merupakan satu-satunya ‘Research University’ di Malaysia Timur.

Selain itu, beliau turut memperkenalkan barisan ahli Pengurusan UPMKB yang turut hadir bagi mendengar dan menyaksikan Majlis Ikrar Pelajar Baharu di Dewan Sri Kenyalang, UPMKB yang dijalankan secara sidang video bersama pelajar UPM Serdang.

Date of Input: 12/10/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcVAt~