PASUKAN UPMKB MENDAPAT TEMPAT KE-3 (BERSAMA) KEJOHANAN BADMINTON PIALA PENGURUS BESAR 2023 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » PASUKAN UPMKB MENDAPAT TEMPAT KE-3 (BERSAMA) KEJOHANAN BADMINTON PIALA PENGURUS BESAR 2023

PASUKAN UPMKB MENDAPAT TEMPAT KE-3 (BERSAMA) KEJOHANAN BADMINTON PIALA PENGURUS BESAR 2023


Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Pasukan UPMKB yang menjuarai Tempat Ke-3 bersama pasukan MLNG dan membawa balik wang tunai RM1500.00, piala iringan dan medal bagi Kejohanan Badminton Piala pengurus Besar 2023 Sempena Sambutan BDA ke-45 yang diadakan pada 01 - 02 Julai 2023 di Pusat Sukan Kidurong Bintulu. Pasukan UPMKB terdiri daripada En. Remey Tahir, Dr. Zaidi Suip, En. Azrol Suchong dan En. Johan Abing.

Tempat Pertama telah dimenangi Pasukan BDA A, Manakala, tempat kedua dimenangi oleh pasukan IPD. Sebanyak 3 acara kategori iaitu Lelaki Terbuka, Vateran dan Special telah dipertandingkan sepanjang kejohanan ini.

Aktiviti sebegini ini juga dapat memupuk semangat kerjasama sesama staf dan menimbulkan semangat kesukanan di dalam diri untuk menampil gaya hidup yang sihat dan cergas. Semoga penglibatan sukan ini staf UPMKB akan terus mansang.

Sekali lagi, tahniah dan syabas diucapkan dan selamat maju jaya.

Date of Input: 07/07/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcKAh~