PAMERAN PENDIDIKAN DAN PROMOSI JUALAN HASIL PERTANIAN UPMKB DI SEBAUH AGROFEST 2023 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » PAMERAN PENDIDIKAN DAN PROMOSI JUALAN HASIL PERTANIAN UPMKB DI SEBAUH AGROFEST 2023

PAMERAN PENDIDIKAN DAN PROMOSI JUALAN HASIL PERTANIAN UPMKB DI SEBAUH AGROFEST 2023


Bintulu, 09 Julai 2023 - Sebauh Agrofest 2023 diadakan pada 08-11 Julai 2023 bertempat di Perkarangan Tempat Letak Kereta BDA Sebauh.

Pelbagai aktiviti sempena program tersebut diadakan seperti pameran pembangunan, pengembangan pertanian, promosi dan jualan, pelbagai pertandingan untuk pengunjung yang hadir, cabutan bertuah dan banyak lagi.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Sri Dr. Stephen Rundi anak Utom , Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak.

Bahagian Pengurusan Akademik dan Penyelidikan (BPAP) bersama Pusat Pertanian Putra (PPP) mewakili UPMKB telah menyertai pameran pendidikan dan promosi serta jualan hasil pertanian di program tersebut.

Program tersebut bertujuan memberitahu orang ramai berkenaan program pembangunan yang ditawarkan oleh setiap agensi atau jabatan, mempromosikan hasil-hasil pertanian, ternakan, perikanan dan produk hiliran, mendedahkan petani dengan ilmu dan pengetahuan melalui pemindahan teknologi seperti kursus dan demo, membuka peluang perniagaan dan pelaburan dalam bidang melalui konsep Business Matching dan menarik minat golongan belia untuk menceburi bidang pertanian.

Date of Input: 10/07/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcDAh~