NEGARA LUAR TURUT HANTAR PESERTA KE PERTANDINGAN SENI KHAT IFEST 2023 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » NEGARA LUAR TURUT HANTAR PESERTA KE PERTANDINGAN SENI KHAT IFEST 2023

NEGARA LUAR TURUT HANTAR PESERTA KE PERTANDINGAN SENI KHAT IFEST 2023

BINTULU: Seramai 60 peserta termasuk dari negara luar menyertai Pertandingan Seni Khat sempena Festival Kesenian Islam 2023 (iFest 2023) edisi kedua di Pusat Islam Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) sejak Isnin lalu.

Jurucakap UPMKB berkata, pertandingan yang dianjurkan bersama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP)itu bukan sahaja disertai peserta dari beberapa bahagian Sarawak, bahkan dari negara Filipina dan Unversiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Brunei Darussalam.

"Pertandingan tersebut dibahagikan kepada tiga kategori iaitu sekolah rendah, sekolah menengah/institusi pengajian tinggi dan terbuka," ujarnya di sini, hari ini.

Pertandingan tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada para peserta yang menguji kemahiran mereka dalam seni penulisan khat.

Beliau berkata, melalui pertandingan ini diharap akan dapat mengangkat seni penulisan khat ke peringkat lebih tinggi.

Date of Input: 15/08/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcMAZ~