NAZHRULHAQ DINOBATKAN JUARA KATEGORI LELAKI PERTANDINGAN MEMANAH DINAMIK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » NAZHRULHAQ DINOBATKAN JUARA KATEGORI LELAKI PERTANDINGAN MEMANAH DINAMIK

NAZHRULHAQ DINOBATKAN JUARA KATEGORI LELAKI PERTANDINGAN MEMANAH DINAMIK

BINTULU: Nazhrulhaq Hamzi Nazle dinobatkan juara kategori lelaki sekolah menengah/institusi pengajian tinggi (IPT) Pertandingan Memanah Dinamik berlangsung di Pusat Islam Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) semalam.

Naib juara dan tempat ketiga masing-masing disandang oleh Arthur Mikkelsen John dan Aaron Rossi Lang.

Manakala juara kategori lelaki sekolah rendah diraih oleh Hamiz Nabhan Nazle, naib juara dimenangi Aariz Rafique Zamzuri dan ketiga ialah Muhammad Hafizzatul Ashraf.

Bagi kategori wanita sekolah menengah/IPT, juara disandang Batrisyia Najwa Jumadi, naib juara ialah Nur Qatrunnada Zahraa Hamdan dan ketiga ialah Nur Asmida Natasha Shahril.

Juara kategori wanita sekolah rendah diraih Fatin Nurqalesya Amani Fakhruldin, naib juara ialah Siti Nur Hajar Aryanna Dereman dan tempat ketiga, Arissa Afrina Samri.

Juara, naib juara dan tempat ketiga bagi setiap kategori membawa pulang hadiah berupa wang tunai, trofi, hamper serta sijil.

Tujuh pemenang meraih tempat keempat hingga ke-10 menerima hadiah sagu hati berupa wang tunai dan sijil.

Pada pertandingan itu, peserta perlu melalui pelbagai cabaran melepaskan anak panah pada sasaran berbentuk 2D dan 3D bagi mengutip mata.

Seramai 48 peserta sekolah menengah dan rendah serta IPT di negeri ini termasuk peserta dari negara Brunei Darussalam menyertai pertandingan tersebut sempena Festival Kesenian Islam 2023 (iFEST) edisi kedua UPMKB.

Date of Input: 15/08/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEdAA5~