NADA, SOUTUL HIDAYAH UPMKB UNGGULI NASYID MAULIDUR RASUL BINTULU 2023 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » NADA, SOUTUL HIDAYAH UPMKB UNGGULI NASYID MAULIDUR RASUL BINTULU 2023

NADA, SOUTUL HIDAYAH UPMKB UNGGULI NASYID MAULIDUR RASUL BINTULU 2023


BINTULU: Kumpulan Nada dan Soutul Hidayah Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) masing-masing dinobatkan johan dalam kategori lelaki dan perempuan pada Pertandingan Nasyid Maulidur Rasul 1445 Hijrah 2023 di sini, malam Rabu.

Pertandingan sempena Festival Layang-Layang Antarabangsa Borneo Bintulu (BIKF) edisi ke-16 itu dilangsungkan di Lasar Kenyalang Tapak Lapangan Terbang Lama.
Dengan kemenangan itu, kedua-dua kumpulan tersebut masing-masing menerima hadiah wang tunai RM1,500 berserta piala.

Soutul Hidayah turut merangkul gelaran Persembahan Terbaik yang melayakkan mereka menerima hadiah berupa hamper dan piala yang disampaikan oleh wakil pengurus besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA).

Pertandingan anjuran BDA itu menyaksikan penyertaan 11 kumpulan merangkumi lapan kumpulan lelaki dan empat kumpulan perempuan membabitkan universiti tempatan, sekolah dan belia-belia sekitar Bintulu, Miri dan Limbang.

Pertandingan nasyid yang bertujuan untuk mengasah bakat peserta itu mengangkat tema dakwah yang mengajak sesama manusia kepada kehidupan Islam serta menjadi kewajipan masyarakat Islam untuk berdakwah, berdasarkan sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud: "Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Turut menyaksikan pertandingan itu dan memberi sokongan ialah Pengarah Kampus UPMKB Profesor. Dr. Shahrul Razid Sarbini, Pengetua Kolej Sri Rajang UPMKB Dr. Kamil Latif, Ketua Pentadbiran UPMKB selaku pengurus kumpulan En. Noor Hakim Ahmad, kakitangan dan pelajar UPMKB.

Date of Input: 12/10/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcIAD~