MOHAMMAD NUR JOHAN PERTANDINGAN BERCERITA IFEST 2023 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » MOHAMMAD NUR JOHAN PERTANDINGAN BERCERITA IFEST 2023

MOHAMMAD NUR JOHAN PERTANDINGAN BERCERITA IFEST 2023

BINTULU: Mohammad Nur Qayyiem Abdullah Mohammad Azizi dinobatkan sebagai johan kategori sekolah rendah dalam Pertandingan Bercerita Kisah-Kisah Dalam Al-Quran sempena Festival Kesenian Islam 2023 iFest 2023 Edisi ke-2 di Dewan Sidang Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, UPMKB pada Rabu.

Dengan kemenangan itu Mohmmad Nur menerima hadiah wang tunai RM400, hamper, trofi dan sijil yang disampaikan oleh Ketua Strategik, Komunikasi Korporat dan Jaringan UPMKB Siti Rajanah Abdul Aziz.

Naib johan disandang Nur Aina Abdul Aziz yang membawa pulang hadiah wang tunai RM300, hamper dan trofi, diikuti tempat ketiga diraih Amirah Alya Nor Huda menerima hadiah wang tunai RM200, trofi, hamper beserta sijil. Tujuh pemenang saguhati turut menerima hamper dan sijil.

Seramai 30 peserta dari beberapa sekolah rendah di Bintulu telah menyertai pertandingan bercerita kisah-kisah dari al-Quran tersebut dengan dihakimi tiga juri berpengalaman dalam bidang terbabit.

Pertandingan tersebut merupakan anjuran bersama UPMKB dan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak MTCP.

Jurucakap UPMKB berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang telah bertanding dan berharap peserta akan terus mencapai kejayaan dalam pertandingan seumpamanya pada masa akan datang.

Date of Input: 15/08/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcOA2~