BINTULU, 2 Nov – Naib Canselor UPM, Dato Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah buat julung kalinya mengunjungi UPM Kampus Bintulu (UPMKB) setelah dilantik menjadi Naib Canselor UPM yang baharu.
Beliau telah mengadakan program Meet & Greet antara Pengurusan Tertinggi UPM dan warga staf di UPMKB hari ini. Perjumpaan itu bertujuan sebagai sesi perkenalan dan ramah mesra bersama warga kampus UPMKB.
Beliau turut menyeru warga UPMKB agar menghayati visi dan misi universiti serta bekerja sebagai satu pasukan bagi mencapai hasrat untuk UPM menjadi universiti bereputasi antarabangsa dan terus gemilang dalam bidang tujahan utama.
Turut hadir, Jawatankuasa Pengurusan UPM, Timbalan-timbalan Dekan UPMKB, Jawatankuasa Pengursan UPMKB dan Ketua-ketua Jabatan UPMKB.
Date of Input: 19/12/2023 | lanz
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia