MAKMAL UPM & UNIVERSITI SWINBURNE BAKAL DIBINA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » MAKMAL UPM & UNIVERSITI SWINBURNE BAKAL DIBINA

MAKMAL UPM & UNIVERSITI SWINBURNE BAKAL DIBINA

GEDONG: Makmal kajian Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Swinburne Sarawak akan dibina di Mini Isthmus, Gedong di mana projek pembinaan kompleks baharu di Gedong itu kini sudahpun bermula.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg memberitahu, kedua-dua makmal tersebut akan mempunyai tujuan yang berbeza namun bersama-sama meningkatkan sektor pertanian di kawasan Gedong.

Kita akan mempunyai makmal untuk universiti pertanian dan juga Universiti Swinburne Sarawak.

Makmal bagi Universiti Swinburne ini akan lebih memfokuskan kepada teknologi yang akan digunakan dalam pertanian yang menggunakan kaedah digitalisasi dalam penyimpanan data hasil pertanian, jelas beliau.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Projek Agrihub @Gedong di sini pada Sabtu.

Menurut beliau, kedua-dua makmal serta fasiliti lain seperti pejabat pentadbiran dan pusat komersial dijangka dapat disiapkan menjelang tahun 2025 dan akan dibangunkan dari peringkat ke peringkat sehingga tahun 2027 bagi peringkat pertama pembinaan Mini Isthmus tersebut.

Selain daripada fasiliti tersebut, antara lain yang akan ditingkatkan di kawasan Gedong termasuklah bekalan elektrik dan air di bawah salah satu projek meningkatkan infrastruktur asas di kawasan Gedong bagi kemudahan masyarakat setempat.

Date of Input: 08/02/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEbXA6~