MAJLIS PELANCARAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA), UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » MAJLIS PELANCARAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA), UPMKB

MAJLIS PELANCARAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA), UPMKB


BINTULU- 7 Sept 2023, Majlis Pelancaran Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) UPMKB telah diadakan pada 7 September 2023. Pelancaran telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini, Pengarah, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak. EKSA merupakan inisiatif MAMPU dalam penjenamaan semula pelaksanaan Amalan 5S yang bertujuan meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi yang lebih berimej korporat.

Di dalam amanat beliau, YBhg. Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini menekankan apa yang perlu dilaksanakan dalam melaksanakan EKSA di UPMKB. Beliau turut berkongsi tentang pemantapan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan akan terhasil secara tidak langsung jika EKSA dilaksanakan. Beliau turut mengalakkan warga untuk menyemarakkan aktivitivi yang mefokuskan tentang kreativiti dan inovasi serta mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Go-Green.

Selesai amanat beliau, YBhg. Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini turut merasmikan pelancaran “POKOK EKSA" dan semua Jawatankuasa Induk serta ketua setiap subzon turut sama memeriahkan gimik pelancaran yang diadakan pada hari itu.

Date of Input: 19/09/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcGAc~