LAWATAN PENANDA ARAS JK EKSA UPMKB KE HOSPITAL BINTULU DAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BINTULU | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » LAWATAN PENANDA ARAS JK EKSA UPMKB KE HOSPITAL BINTULU DAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BINTULU

LAWATAN PENANDA ARAS JK EKSA UPMKB KE HOSPITAL BINTULU DAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BINTULU


Bintulu, 5 September – Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) ke Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu dan Hospital Bintulu telah diadakan selama satu (1) hari dengan jayanya.

Lawatan ini juga telah dihadiri oleh tiga puluh (30) peserta yang diketuai oleh Penyelaras EKSA UPMKB, dan disertai bersama Jawatankuasa Pelaksana UPMKB serta ketua-ketua Sub-zon yang dilantik.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi gambaran yang lebih jelas dan perkongsian pengalaman berkenaan amalan EKSA di PPD dan Hospital Bintulu memandangkan agensi tersebut telah mendapat pensijilan EKSA dari Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Semoga dengan lawatan ini, dapat membantu memberi aspirasi kepada UPMKB untuk terus komited dalam pelaksanaan EKSA seterusnya berjaya mendapat pensijilan masa akan datang.

Date of Input: 19/09/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcXA6~