LAWATAN KETUA SEKRETARIAT PROJEK APPGM-SDG IMPACT EVALUATION 2023 MALAYSIA KE UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » LAWATAN KETUA SEKRETARIAT PROJEK APPGM-SDG IMPACT EVALUATION 2023 MALAYSIA KE UPMKB

LAWATAN KETUA SEKRETARIAT PROJEK APPGM-SDG IMPACT EVALUATION 2023 MALAYSIA KE UPMKB


Pada 31 Januari 20024, pihak sekretariat projek APPGM-SDG Impact Evaluation 2023 telah mengadakan lawatan kerja ke kampus UPMKB yang diketuai oleh Yang Berbahagia Prof. Dato Dr. Rashila Ramli. Selain itu juga, sesi perbincangan berkenaan kemajuan projek SDGs (Sustainable Development Goals) zon Sarawak Utara turut diadakan, dan melibatkan beberapa pembentangan dari ahli penyelidik dan penilai yang telah dilantik di kalangan staf kampus UPMKB yang diketuai oleh Puan Joyce Morris Kapong.

Dapatan sesi perbincangan ini adalah untuk mendapatkan maklumbalas terhadap sesi lawatan tapak dan perbincangan kumpulan fokus bagi beberapa projek penyelidikan “Localising SDGs In Malaysia: Capacity Building on Monitoring and Impact Evaluation Program” yang telah diadakan pada akhir Disember dan awal Januari 2024 di sekitar Sarawak Utara. Kumpulan penyelidik dan penilai projek SDGs bagi Zon Sarawak Utara juga terlibat adalah Dr. Ribka Alan, Tuan Haji Fakhzan bin Haji Buang, Encik Philip Lepun dan Encik Peter Clarence Clunny.

Projek APPGM-SDG Impact Evaluation 2023 Malaysia ini dibawah pengurusan Persatuan Sains Sosial Malaysia (PSSM) dengan kerjasama Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), UKM.

Date of Input: 19/02/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcUAO~