LAWATAN AKADEMIK PELAJAR BSKP UPMKB KE MCOT (MIRI CRUDE OIL TERMINAL) | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » LAWATAN AKADEMIK PELAJAR BSKP UPMKB KE MCOT (MIRI CRUDE OIL TERMINAL)

LAWATAN AKADEMIK PELAJAR BSKP UPMKB KE MCOT (MIRI CRUDE OIL TERMINAL)

MIRI: Seramai 16 pelajar Bacelor Sains Kimia Perindustrian dengan Kepujian (BSKP) dari Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) dan 3 orang Pensyarah Pengiring telah mengadakan lawatan akademik ke MCOT (Miri Crude Oil Terminal) kelmarin.

Menurut satu kenyataan daripada UPMKB, lawatan akademik itu merupakan salah satu tugasan pelajar yang melibatkan proses Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) bagi kursus CHY3602 Proses Penapisan Petroleum yang sedang dipelajari sekarang.

Program seperti lawatan akademik ini adalah suatu cara untuk pelajar membina jaringan kerjasama dengan pihak industri di samping memberi peluang kepada pelajar melihat sendiri bagaimana proses penapisan minyak dan gas yang diterapkan dalam MCOT

Selain itu, dalam lawatan ini pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan, di mana setiap kumpulan pelajar telah dibimbing oleh tenaga pakar yang mahir dalam proses penapisan minyak, yang bertanggungjawab menerangkan secara terperinci bagi suatu proses penapisan petroleum. Justeru ia memudahkan pelajar untuk berkomunikasi dan bertanya soalan yang berkaitan bagi setiap proses yang diterangkan kepada pelajar

Pengarah program, Saudari Eymie Olivia Pias dalam kenyataan itu berkata, lawatan ini merupakan satu pengalaman yang amat bermakna bagi semua pelajar BSKP semester 5. Ia memberi peluang kepada pelajar untuk melihat dan belajar dengan lebih mendalam terhadap ilmu proses penapisan petroleum bagi memberikan pendedahan awal kepada pelajar BSKP untuk persediaan mereka di zaman pekerjaan di sektor petroleum kelak.

Jabatan Sains dan Teknologi (JSTEK) akan sentiasa memberi sokongan terhadap aktiviti seperti ini bagi memastikan pelajarnya peka dan bersedia bagi memenuhi keperluan era perindustrian 4.0 kini

Date of Input: 11/01/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcFAk~