LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN DAN LATIHAN KECEMASAN KEBAKARAN (FASA 1) UPMKB 2023 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN DAN LATIHAN KECEMASAN KEBAKARAN (FASA 1) UPMKB 2023

LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN DAN LATIHAN KECEMASAN KEBAKARAN (FASA 1) UPMKB 2023


BINTULU – Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP – UPMKB) bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pejabat Penguasa Zon Bintulu telah mengadakan Latihan Pengungsian Bangunan dan Latihan Kecemasan Kebakaran (Fasa 1) di UPM Kampus Bintulu pada 12 Disember 2023 (Selasa).

Latihan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua staf, pelajar dan kontraktor tentang langkah – langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kes kecemasa semasa bekerja. Latihan fasa 1 ini juga telah melibatkan seramai 74 orang penghuni yang berada di lima (5) buah bangunan seperti berikut:

1. Jabatan Sains Tanaman
2. Jabatan Sains Perhutanan
3. Jabatan Sains Haiwan dan Perikanan
4. Jabatan Sains dan Teknologi
5. Bangunan Teknologi Maklumat

Pihak Bomba juga telah memberi beberapa nasihat yang kepada Emergency Response Team (ERT – UPMKB) dan penghuni bangunan yang terlibat tentang langkah – langkah yang perlu diambil ketika menghadapi bencana dan prosedur pengungsian bangunan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah simulasi penyelamatan mangsa yang terperangkap dalam bangunan oleh Emergency Response Team (ERT – UPMKB) dan Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Latihan berakhir dengan penyampaian sijil penghargaan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pejabat Penguasa Zon Bintulu.

Date of Input: 19/12/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcFAx~