KUUB SERTAI PROJEK BIMP-EAGA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » KUUB SERTAI PROJEK BIMP-EAGA

KUUB SERTAI PROJEK BIMP-EAGA


Pada 12 hingga 14 Mac 2024 bertempat di The Waterfont Hotel Kuching Sarawak, pihak Sekretariat Konsortium Universiti Universitas Borneo (KUUB) telah dijemput oleh pihak Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) untuk menghadiri bengkel Strategic Planning Meeting bagi Brunei-Indonesia-Malaysia-Philippines East Asean Growth Area (BIMP-EAGA) bagi kluster Socio-cultural & Education. Pada bengkel ini, beberapa siri projek kerjasama antara 4 negara telah dirancang bagi tahun 2024 -2025.

Bengkel ini telah dihadiri seramai 500 orang delegasi dan turut dihadiri oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, Indonesia, Brunei dan juga Filipina serta beberapa kementerian kerajaan bagi keempat-empat buah negara. Yang berbahagia Professor Dr. Shahrulrazid Sarbini dan Tuan Haji Fakhzan Haji Buang mewakili pihak Sekretariat KUUB telah membentangkan beberapa siri perancangan aktiviti KUUB kepada pihak BIMP-EAGA semasa bengkel mesyuarat tersebut.

Bengkel ini bertujuan mengukuhkan lagi kerjasama antara empat negara ini dalam memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi, pendidikan, pengangkutan, pelancongan, sumber manusia, sosio-budaya, alam sekitar, teknologi maklumat, perdagangan dan hubungan diplomatik. Beberapa siri aktiviti KUUB telah dipersetujui oleh pihak BIMP-EAGA untuk dijalankan dalam kalender perancangan BIMP-EAGA bagi tahun 2024-2025.

Date of Input: 21/03/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcPAE~