KUUB JALIN KERJASAMA KONSORTIUM ANTARABANGSA INDONESIA TIMUR | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » KUUB JALIN KERJASAMA KONSORTIUM ANTARABANGSA INDONESIA TIMUR

KUUB JALIN KERJASAMA KONSORTIUM ANTARABANGSA INDONESIA TIMUR

Pada 2 Mac 2024 bertempat di Universitas Hasanuddin Makassar Indonesia, Konsortium Universiti Universitas Borneo (KUUB) yang diwakili oleh Pengerusi Pengasas KUUB Yang Berbahagia Professor Dr. Shahrulrazid Sarbini, Dr. Jee Teck Weng Setiausaha Kehormat KUUB dan Ketua Sekretariat Kehormat KUUB, Tuan Haji Fakhzan bin Haji Buang, secara rasminya telah menandatangani deklarasi bersama dengan Konsorsium Perguruan Tinggi Negeri Kawasan Timur Indonesia (KPTN-KTI).

Majlis Deklarasi Bersama Antara Konsortium Universiti Universitas Borneo (KUUB) Dengan Konsorsium Perguruan Tinggi Negeri Kawasan Timur Indonesia (KPTN-KTI) dan Bengkel Lembaga Penelitian dan Pengabdian Kepada Masyarakat Indonesia (LPPM) ini telah diadakan di Unhas Hotel & Convention, Tamalanrea, Makassar yang dihadiri seramai 400 orang delegasi dari 50 universiti dan politeknik seluruh rantau Borneo dan Indonesia Timur.

Delegasi KUUB turut disertai oleh beberapa pewakilan antaranya ialah Yang Berbahagia Professor Datuk Dr Kasim Md Mansur, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Puan Anielia anak Siam, Timbalan Setiausaha Tetap dan Encik Donald Henry Nohed, Ketua Bahagian Pendidikan mewakili Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Yang Berbahagia Dr. Hajjah Lilly Suzana binti Haji Shamsu, Timbalan Rektor Alumni Universiti Islam Sultan Sharif Ali Brunei, Puan Nariza Elias dari Pejabat Undang Undang UPM Serdang dan beberapa delegasi lain.

Majlis bersejarah ini yang turut disaksikan oleh barisan rektor universitas perguruan tinggi kawasan Timur Indonesia juga menandakan langkah penting dalam memupuk kerjasama bersama dan usaha-inovatif di dalam komuniti akademik di Rantau Borneo dan Indonesia Timur.

Dalam pada masa yang sama juga, pihak Institut Teknologi Kalimantan (ITK) dibawah pimpinan Prof. Dr. rer. nat. Agus Rubiyanto, M.Eng.Sc merangkap Sekretariat KPTN-KTI berhasrat dan bersetuju untuk menyertai dan berkolaborasi dengan pihak KUUB. Langkah ini memberikan landasan kuat untuk meningkatkan kolaborasi antara perguruan tinggi di dua kawasan strategik ini.

Bahkan dalam ucapan pembukaan, Rektor Universitas Hasanudin menekankan pentingnya kerjasama antara perguruan tinggi untuk memajukan Pendidikan tinggi dan penyelidikan di kawasan timur Indonesia dan Borneo. Deklarasi ini adalah tonggak sejarah yang menandakan komitmen bersama kami untuk meningkatkan kualiti pendidikan, penelitian, dan khidmat masyarakat di wilayah ini, kata beliau.

Date of Input: 21/03/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcGAd~