KURSUS PENTERNAKAN IKAN AIR TAWAR DI UPMKB MAMPU MENINGKATKAN POTENSI INDUSTRI AKUAKULTUR | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » KURSUS PENTERNAKAN IKAN AIR TAWAR DI UPMKB MAMPU MENINGKATKAN POTENSI INDUSTRI AKUAKULTUR

KURSUS PENTERNAKAN IKAN AIR TAWAR DI UPMKB MAMPU MENINGKATKAN POTENSI INDUSTRI AKUAKULTUR

Bintulu – Pada 15 dan 16 Julai 2023 yang lalu, Pusat Pertanian Putra (PPP), Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) telah menganjurkan Kursus Penternakan Ikan Air Tawar dengan kehadiran sebanyak 24 orang peserta dari berbagai daerah di Sarawak, termasuk Bintulu, Miri, Sarikei, dan Kuching.

Menurut Pengerusi kursus, Dr. Carlina Freddie Simol @ Rachellynna, yang juga merupakan Pegawai Pertanian Kanan, PPP, UPMKB, kursus berbentuk teori dan praktikal ini diadakan bertujuan untuk memberi pengetahuan asas dan lanjutan tentang penternakan ikan air tawar seperti Ikan Tilapia, Keli, Jelawat, Patin, dan Baung. “Dalam kursus ini, peserta telah didedahkan dengan keperluan umum dalam penternakan, penyediaan kolam, pengurusan harian hingga ke aspek pemasaran hasil tangkapan” ujarnya.

Menurut Timbalan Pengarah PPP, UPMKB, Prof. Madya Dr. Amy Halimah binti Rajaee, penganjuran kursus ini sememangnya sejajar dengan inisiatif University for Society (U4S) atau IPT for Society@Keluarga Malaysia (UNITY). “Kita berharap program ini dapat meningkatkan ilmu dan kemahiran peserta untuk memperkasakan bidang pertanian dan membantu menghadapi isu krisis sekuriti makanan di negara kita” tambah beliau.

Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini, Pengarah Kampus, UPMKB berkata program seumpama ini dirangka bagi memastikan pemindahan teknologi pertanian sampai kepada masyarakat demi kemajuan dan kesejahteraan komuniti setempat. “Kami di pihak Pengurusan UPMKB sememangnya menyokong usaha yang dilaksanakan oleh pihak PPP, UPMKB ini agar keahlian dan kepakaran staf akademik dan bukan akademik dapat dimanfaatkan secara lebih meluas kepada umum” ujar beliau.

Antara penceramah, penunjuk ajar, fasilitator dan petugas yang terlibat dalam kursus ini adalah Dr. Wan Zabidii Wan Morni, Encik Lirong Yu Abit Encik Ayum Anak Balai, Encik Raymond Lau, Cik Michelle Polda anak Nap, Encik Leonard Umban anak Pengarah, Encik Miguel Isaiah Vincent Mojilis, Cik Josephine Jawai Makos, Puan Jega Jantai dan En. Benedict Miden.

Date of Input: 21/07/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcBAd~