KUNJUNGAN HORMAT UPMKB KE M-FICORD | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » KUNJUNGAN HORMAT UPMKB KE M-FICORD

KUNJUNGAN HORMAT UPMKB KE M-FICORD


KUCHING, 28 JUN 2023 - Setiausaha Tetap Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD), YBrs Encik Sirai Daha menerima kunjungan hormat daripada Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini, Pengarah Kampus Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB).

Dalam pertemuan tersebut beberapa perkara telah dibincangkan mengenai kerjasama dan peranan UPMKB kepada M-FICORD terutamanya di dalam bidang penyelidikan dalam mencapai kelestarian pertanian.

Penganjuran bersama siri ke-2 Congress on Sustainable Agriculture and Food Security (COSAFS2024) yang dijangka akan diadakan di Kuching, Sarawak pada 18 sehingga 21 September 2024 juga turut dibincangkan.

Hadir sama Encik David Branch Ambor, Ketua Penolong Setiausaha Seksyen Pertanian dan Industri Agromakanan M-FICORD dan Ts. Dr. Suhaili Mustafa, Pensyarah Kanan di Jabatan Sains Haiwan dan Perikanan, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, UPMKB.

Date of Input: 07/07/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEbXAs~