KUMPULAN PUTRI NAHWAN UPM JOHAN NASYID KONTEMPORARI | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » KUMPULAN PUTRI NAHWAN UPM JOHAN NASYID KONTEMPORARI

KUMPULAN PUTRI NAHWAN UPM JOHAN NASYID KONTEMPORARI

BINTULU: Kumpulan Putri Nahwan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang dinobatkan johan kategori terbuka Pertandingan Nasyid Kontemporari sempena Festival Kesenian Islam (iFest) 2023 di sini malam tadi.

Naib johan disandang kumpulan Al-Haq dari UPMKB dan tempat ketiga diraih kumpulan Al-Mubasyir dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bintulu.

Persembahan terbaik dan kostum terbaik menjadi milik kumpulan Al-Haq UPMKB pada peringkat akhir pertandingan tersebut.

Johan kategori sekolah menengah/institusi pengajian tinggi disandang kumpulan Al-Dzurfa dari SMK Kidurong, naib johan kumpulan Putra Nahwan (UPM Serdang) dan tempat ketiga kumpulan An-Nahwand (SMK Baru Bintulu).

Persembahan terbaik dan kostum terbaik masing-masing dianugerahkan kepada kumpulan An Nahwand dan Putra Nahwan.

Johan kategori sekolah rendah ialah kumpulan Soutul Mahabbah dari Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Majlis Islam Sarawak (MIS) Bintulu, naib johan kumpulan Jilurrasyad (SK Kidurong) dan tempat ketiga milik kumpulan As-Saqeef (SK Kidurong II).

Persembahan terbaik diraih kumpulan Soutul Mahabbah dan Kostum terbaik menjadi milik kumpulan As-Saqeef.

Festival Kesenian Islam 2023 (iFest 2023) anjuran bersama UPMKB dan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak.

Sebanyak 18 kumpulan nasyid dari seluruh bahagian ini dan luar menyertai pertandingan dibahagi kepada tiga kategori bertemakan Kesenian Islam Pemangkin Kesejahteraan Negara.

Program ini merupakan inisiatif membentuk peribadi belia lebih baik melalui penglibatan dalam aktiviti sihat dan berfaedah.

Hadiah-hadiah kepada pemenang disampaikan Pengarah Kampus UPMKB Profesor Dr Shahrul Razid Sarbini.

Hadir sama Pengetua Kolej/Hal Ehwal Pelajar (HEPA) UPMKB Dr Kamil Latif, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Datu Muhamad Yakup Kari, pengurusan kanan UPMKB dan tetamu.

Date of Input: 15/08/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcIAR~