KUMPULAN PENYELIDIK DAN PENILAI UPMKB MENGHADIRI THE APPGM-SDG IMPACT EVALUATION PROJECT: VALIDATION AND REPORT WRITING WORKSHOP | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » KUMPULAN PENYELIDIK DAN PENILAI UPMKB MENGHADIRI THE APPGM-SDG IMPACT EVALUATION PROJECT: VALIDATION AND REPORT WRITING WORKSHOP

KUMPULAN PENYELIDIK DAN PENILAI UPMKB MENGHADIRI THE APPGM-SDG IMPACT EVALUATION PROJECT: VALIDATION AND REPORT WRITING WORKSHOP


Bertempat di Hotel Maluri Kuala Lumpur Kumpulan penyelidik dan penilai projek SDG UPMKB telah menghadiri The APPGM-SDG Impact Evaluation Project: Validation And Report Writing Workshop pada 19 hingga 21 Februari 2024 yang lepas.

Bengkel ini merupakan salah satu inisiatif projek “Localising SDGs in Malaysia: Capacity Building onMonitoring and Impact Evaluation Program” oleh Persatuan Sains Sosial Malaysia (PSSM) dan Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), UKM dengan pembiayaan oleh Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia Mengenai Matlamat Pembangunan Lestari - All Party Parliamentary Group Malaysia on Sustainable Development Goals (APPGM-SDG) bagi kesemua projek di seluruh negara.

Semasa bengkel ini berlansung, pelaporan projek SDG bagi kesemua kawasan parlimen di Malaysia telah dinilai dan diperhalusi oleh kesemua ahli penyelidik SDG bagi projek tahun 2023. Laporan lengkap akan dikompilasikan dan dibentangkan kepada pihak parlimen kawasan dan pihak berwajib. Hasil penulisan laporan ini juga dijadikan sebagai buku laporan tahunan SDG dan artikel penerbitan yang memfokuskan kepada Pembangunan SDG kebangsaan.

Kumpulan ahli penyelidik dan penilai UPMKB yang diketuai oleh Puan Joyce Morrris Kapong, turut sertai oleh Dr, Ribka Alan, Encik Philip Lepun, Tuan Haji Fakhzan Haji Buang dan Encik Peter Clarance Clunny. Bagi projek SDG tahun 2024, penilaian dijangka akan diadakan selepas Oktober 2024 yang melibatkan lebih banyak projek berbanding bagi tahun 2023.

Date of Input: 21/03/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcMAc~