KONVENSYEN UNIVERSITI UNIVERSITAS BORNEO (KUUB) | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » KONVENSYEN UNIVERSITI UNIVERSITAS BORNEO (KUUB)

KONVENSYEN UNIVERSITI UNIVERSITAS BORNEO (KUUB)

Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) dengan kerjasama Universitas Lambung Mangkurat telah menganjurkan Konvensyen Universiti Universitas Borneo (KUUB) dan Pertukaran Deklarasi Persefahaman (DoU) Penubuhan KUUB bersama 16 buah Universiti Ahli KUUB pada 8 November 2023 di Banjarmasin, Indonesia. KUUB adalah merupakan pakatan universiti yang disertai oleh 16 (enam belas) buah Universiti-universiti yang terpilih di rantau Borneo seperti berikut :

Brunei dan Indonesia
Universiti Brunei Darussalam
Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Universiti Teknologi Brunei

Indonesia (Kalimantan)
Universitas Borneo Tarakan
Universitas Lambung Mengkurat
Universitas Mulawarman
Universitas Palangka Raya
Universitas Tanjungpura

Malaysia (Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan)
Curtin University, Malaysia
Swinburne University of Technology Sarawak Campus
Universiti Malaysia Sabah
Universiti Malaysia Sarawak
Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak
Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah
Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak
University of Technology Sarawak

Majlis perasmian Konvensyen KUUB dan Pertukaran DoU Penubuhan KUUB telah disempurnakan oleh Wakil Gabernur Kalimantan Selatan, Hjh. Husnuh Hatimah, S.H., M. H. Turut hadir adalah Profesor. Dr. Shahrul Razid Sarbini, Pengarah Kampus Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak merangkap Pengerusi Pengasas KUUB dan Datin Paduka Professor Dr. Dayang Hajah Zohrah Haji Sulaiman, Naib Canselor Universiti Teknologi Brunei merangkap Timbalan Pengerusi KUUB.

Pertukaran DoU Penubuhan KUUB menyaksikan kerjasama serantau diantara Universiti Ahli KUUB antaranya penganjuran bersama persidangan, kongres, seminar, latihan, projek berkaitan dengan bidang tumpuan utama KUUB: Pembangunan Belia, Wanita Dalam Penyelidikan dan Pembangunan, Universiti Untuk Komuniti, Pertukaran Seni & Budaya, Kepimpinan dan Tadbir Urus Global, Pengurusan Pelancongan & Hospitaliti, Pemuliharaan, dan Biodiversiti.

Inisiatif penubuhan KUUB adalah untuk meningkatkan komitmen dan perkongsian strategik antara universiti awam dan milik kerajaan di Borneo untuk menyokong kecemerlangan, keupayaan dan pengantarabangsaan dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikandan inovasi serta mobiliti pelajar dan kebolehpasaran graduan. Selain itu, pakatan ini dilihat sebagai salah satu usaha rangkaian kerjasama yang dapat memantapkan taraf pendidikan di kepulauan Borneo sekaligus menjadikan Malaysia, Brunei dan Indonesia sebagai destinasi pengajian tinggi terulung di rantau Asia. Inisiatif ini turut disokong oleh Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak.

UPMKB merupakan sekretariat tetap Konsortium Universiti Universitas Borneo terdiri daripada Tn. Hj Fakhzan Bin Hj Buang, Ts. Dr. Suhaili Mustafa, Pn. Hjh. Siti Rajanah Abdul Aziz, Pn. Joyce Morris Kapong, En. Noor Hakim Ahmad, En. Mohamad Syukri Bin Mohamad Adnan. Turut serta adalah Pn. Noraihan Nordin (Ketua Pusat Antarabangsa UPM) dan Pn. Nariza Mohd Elias (Pegawai Undand-undang UPM).

Date of Input: 19/12/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcBAV~