KLINIK VETERINAR BERGERAK SEMPENA MERDEKA FIESTA 2023 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » KLINIK VETERINAR BERGERAK SEMPENA MERDEKA FIESTA 2023

KLINIK VETERINAR BERGERAK SEMPENA MERDEKA FIESTA 2023

BINTULU: Klinik Veterinar Jabatan Sains Haiwan dan Perikanan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) dengan kerjasama Street Animal Rescuers Association (SARA) Bintulu mengadakan klinik bergerak sempena Merdeka Fiesta Pets Lover Fair 2023 di sini.

Jurucakap UPMKB berkata, program ini bagi memupuk kesedaran kalangan masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan haiwan kesayangan serta tentang penyakit haiwan.

Kita memberi rawatan asas kepada haiwan kesayangan pemilik dan perkhidmatan ditawarkan secara percuma seperti pemeriksaan kesihatan haiwan, rawatan ubat cacing, rawatan kurap dan kutu serta selesema, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, lebih 200 pemilik haiwan di sini hadir ke klinik tersebut untuk mendapatkan rawatan percuma dalam program selama dua hari itu.

Berucap pada perasmian program itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang berkata program itu memupuk minat masyarakat memahami kepentingan penjagaan kesihatan haiwan peliharaan mereka.

Program ini juga memberi peluang kepada semua pihak untuk bekerjasama menjaga haiwan kesayangan peliharaan, jelasnya.

Pada masa sama, program itu turut menyediakan sesi Haiwan Angkat, Pelesenan dan Mikrocip untuk anjing oleh Lembaga Kemajuan Bintulu dan vaksin anti-rabies percuma untuk anjing oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Bintulu.

Date of Input: 12/10/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcTA1~