KHIDMAT SUKARELAWAN PELAJAR KOLEJ SRI RAJANG UPMKB MENYUMBANG UNTUK PROGRAM PINK OCTOBER CHARITY RUN 2023 DI HOSPITAL COLUMBIA ASIA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » KHIDMAT SUKARELAWAN PELAJAR KOLEJ SRI RAJANG UPMKB MENYUMBANG UNTUK PROGRAM PINK OCTOBER CHARITY RUN 2023 DI HOSPITAL COLUMBIA ASIA

KHIDMAT SUKARELAWAN PELAJAR KOLEJ SRI RAJANG UPMKB MENYUMBANG UNTUK PROGRAM PINK OCTOBER CHARITY RUN 2023 DI HOSPITAL COLUMBIA ASIA


Bersempena dengan bulan kesedaran kanser payudara yang disambut pada bulan Oktober setiap tahun, pihak Columbia Asia Hospital Bintulu telah menganjurkan satu program kesedaran mengenai kanser payudara iaitu Pink October Charity Run 2023 dengan kerjasama Pejabat dan Klinik Kesihatan Bahagian Bintulu serta Sarawak Breast Cancer Support Group (SBCSG).

Dirasmikan oleh Dr. Mark Jeevan dan Datin Juriah binti Sulehan selaku Presiden Sarawak Breast Cancer Support Group (SBCSG) diikuti melepaskan para peserta larian pada pukul 6.30 pagi.

Dalam program yang telah diadakan pada 8 Oktober 2023 (Ahad) bertempat di Columbia Asia Hospital, pihak Kolej Sri Rajang, UPMKB telah menghantar seramai 30 orang pelajar sebagai khidmat sukarelawan dalam membantu menjayakan dan memeriahkan lagi program Pink October Charity Run 2023 ini.

Selain bertujuan untuk memupuk kesedaran mengenai tanda awal kanser payudara dalam komuniti, larian amal ini juga bertujuan untuk memberi sokongan kepada organisasi SBCSG dengan menyumbangkan dana melalui keuntungan program yang terkumpul.

Fight Cancer ! Fight For Life !

Date of Input: 12/10/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcMA1~