KERJASAMA PELBAGAI PIHAK BERI IMPAK POSITIF DALAM BIDANG PENYELIDIKAN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » KERJASAMA PELBAGAI PIHAK BERI IMPAK POSITIF DALAM BIDANG PENYELIDIKAN

KERJASAMA PELBAGAI PIHAK BERI IMPAK POSITIF DALAM BIDANG PENYELIDIKAN

BINTULU: Beberapa perkara yang dibincangkan dari aspek potensi kerjasama dilihat mampu memberi impak positif dalam bidang penyelidikan di Malaysia dan Sarawak.

Ia melibatkan Institut EkoSains Borneo (IEB) Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB), Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Syarikat Juta Walet Services & Trading serta Syarikat Sinar Samalaju Sdn Bhd semasa pertemuan antara lima pihak terbabit di IEB UPMKB di sini, baru-baru ini.

Dalam pertemuan itu, UPMKB diwakili Pengarah IEB Dr Syeed Saifulazry Osman Al-Edrus dan LKTN diwakili Timbalan Ketua Pengarah Pembangunannya Mohd Fadzhel Nasir.

Dr Syeed Saifulazry berkata, dengan adanya gabungan dan kolaboratif dari aspek pengetahuan, kepakaran, kemudahan prasarana dan dana penyelidikan mampu meningkatkan keupayaan pengeluaran produk berkaitan bagi memenuhi keperluan pengguna di peringkat nasional dan antarabangsa.

"IEB dan UPMKB mengalu-alukan peluang kerjasama ini selaras dengan misi UPMKB memberi sumbangan bermakna pembentukan kekayaan dan pembangunan negara serta kemajuan manusia sejagat menerusi penerokaan dan penyebaran ilmu," katanya.

Kedua-dua pihak turut menerangkan tentang fungsi, peranan, keupayaan dan hala tuju di peringkat agensi masing-masing.

Hadir sama wakil universiti, agensi dan syarikat terbabit Dr Mugunthan Perumal dan Zahora Ismail dari UPMKB, Nik Norhisham Nik Yaacob, Mohd Azizi Awang (LKTN), Patrick Jenau Tindit (Syarikat Juta Walet Services & Trading), Lt Madya (B) Duke Janteng dan Jacky Lanjar (Syarikat Sinar Samalaju Sdn Bhd).

Date of Input: 13/06/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcAAr~