KERJASAMA ANTARA UNIVERSITI ANTARABANGSA HADAPI CABARAN GLOBAL | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » KERJASAMA ANTARA UNIVERSITI ANTARABANGSA HADAPI CABARAN GLOBAL

KERJASAMA ANTARA UNIVERSITI ANTARABANGSA HADAPI CABARAN GLOBAL

BINTULU: Kerjasama dalam kalangan universiti-universiti di peringkat antarabangsa amat penting dalam menghadapi cabaran global berkaitan pertanian dan perhutanan.

Pengarah Seminar Pascasiswazah Antarabangsa Pertanian dan Perhutanan (IPSAF) 2023 Dr Keeren Sundara Rajoo berkata, melalui platform ini akan membantu meningkatkan kesedaran tentang pentingnya pertanian dan perhutanan mampan dalam menangani cabaran perubahan iklim, keselamatan makanan dan degradasi alam sekitar.

Kehadiran peserta dari pelbagai negara telah menjadikan IPSAF 2023 berprestij bagi pertukaran pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pertanian dan perhutanan, katanya berucap pada program seminar tersebut baru-baru ini.

Seminar tersebut merupakan anjuran Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) yang disertai 54 peserta dari 11 negara antara Jepun, India, Indonesia dan Nigeria.

Dr Keeren berkata, program ini memperkukuhkan status UPMKB sebagai pusat penyelidikan penting dalam bidang pertanian dan perhutanan di peringkat global.

Seminar tersebut dirasmikan Pengarah Kampus UPMKB Profesor Dr Shahrul Razid Sarbini yang turut menyifatkan kepentingan kerjasama strategik antara institusi-institusi akademik antarabangsa.

Sementara itu, berucap pada program penutupannya, Dekan Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan Dr Zamri Rosli berkata, beliau yakin perbincangan dan pembentangan di IPSAF 2023 akan membantu meningkatkan pemahaman tentang cabaran yang dihadapi oleh pertanian dan perhutanan serta untuk mengenal pasti potensi penyelesaiannya.

IPSAF 2023 yang bertemakan Penyelesaian Mampan Untuk Masa Depan Mampan menyediakan platform kepada pelajar pascasiswazah untuk membentang penyelidikan dan perkembangan terkini dalam bidang pertanian dan perhutanan.

Antaranya pembangunan baja organik untuk penanaman padi, potensi Ghana untuk memenuhi permintaan domestik kelapa sawit secara lestari dan pembentukan biofilm menggunakan rumpai laut merah untuk diguna sebagai bahan pembungkusan organik.

Dua penceramah jemputan dalam seminar itu ialah Profesor Madya Dr Mami Irie dari Tokyo University of Agriculture Japan dan Profesor Dr Mukesh Singh (Teerthanker Mahaveer University India).

Date of Input: 12/10/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcTAo~