KEJOHANAN PING PONG PIALA DEKAN FKPS UPMKB TELAH MENARIK MINAT PESERTA DARI LUAR NEGARA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » KEJOHANAN PING PONG PIALA DEKAN FKPS UPMKB TELAH MENARIK MINAT PESERTA DARI LUAR NEGARA

KEJOHANAN PING PONG PIALA DEKAN FKPS UPMKB TELAH MENARIK MINAT PESERTA DARI LUAR NEGARA


BINTULU, 15 Oktober 2023 - Kejohanan Ping Pong Piala Dekan FKPS UPMKB dapat menarik perhatian dan mendapat sambutan yang cukup meriah, bukan sahaja daripada warga UPMKB malah daripada kawasan luar seperti, kawasan Bintulu, Kuching, Miri, Semenanjung Malaysia, dan juga turut disertai oleh jurulatih antarabangsa dari China.

Kejohanan Ini adalah anjuran daripada pelajar kursus kokurikulum berkredit QKS2114 Ping Pong (Kumpulan 1), sesi akademik 2023/2024 pada 14 - 15 2023 di KK1, UPMKB. Program ini mampu memberi pendedahan kepada masyarakat supaya dapat menaikkan minat mereka untuk bermain ping pong dan meningkatkan bakat pemain – pemain ping pong ke peringkat antarabangsa.

Sebanyak 138 perlawanan dijalankan selama 2 hari pertandingan, para peserta yang menyertai kejohanan ini dibahagikan kepada 10 kumpulan, dalam setiap kumpulan mempunyai 5 peserta, pada hari pertama kejohanan, pihak penganjur menggunakan sistem liga, manakala pada hari kedua kejohanan, pihak menggunakan sistem kalah mati yang terbahagi kepada beberapa pusingan iaitu, pusingan 32 terbaik, pusingan 16 terbaik, pusingan 8 terbaik, separuh akhir dan pusingan akhir. Peserta yang ke peringkat akhir ialah Zulkipli Saali dengan Zhao Shaoi. Kejohanan ini telah dimenangi oleh Zhao Shaoi dengan mata 4 berbalas 0 mengalahkan Zulkipli Saali.

Kejohanan Ping Pong ini diadakan bagi memupuk semangat kesukanan kepada golongan muda-mudi yang ingin menggilap bakat diri dalam sukan ping pong. Melalui pertandingan ini, kita dapat menilai semangat kesukanan dan juga dapat melahirkan insan yang berdaya saing dalam sesuatu bidang terutamanya sukan ping pong yang telah dianjurkan ini. Dengan adanya kejohanan ini kita dapat mengenali pelapis – pelapis baharu dalam kalangan pemuda.

Pengarah program, Amsyar Razin Bin Khairul Najwan berkata, “Program ini amat penting bagi masyarakat untuk saling besaing untuk mencapai gelaran yang diinginkan. Di samping itu, para ahli jawatankuasa program juga dapat merasai pengalaman mengurus program yang boleh di katakan besar. Saya juga pertama kali menjunjung amanah sebagai pengarah program dan diberikan tanggungjawab yang amat besar ini.” Sehubungan dengan itu,para peserta juga dapat mengeratkan hubungan bersama dengan pemain-pemain ping pong dari daerah lain dalam sarawak mahupun dengan negeri-negeri lain juga.

Timbalan Pengarah program, Mohd Hamidi Bin Razali@Rajali juga berkata “Program ini banyak memberi impak positif kepada masyarakat. Antaranya termasuklah dapat mengeratkan hubungan kemasyarakatan yang berbilang kaum dan bangsa. Justeru, dapat meningkatkan semangat kesukanan komuniti Malaysia. Sehubungan dengan itu, para peseta juga dapat bekerjasama dengan ahli jawatankuasa untuk melancarkan lagi program ini.

Date of Input: 19/12/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcHAO~