KEJOHANAN BACK TO CENTURY CS SOURCE 2023 PROMOSI E-SUKAN DALAM KALANGAN MAHASISWA UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » KEJOHANAN BACK TO CENTURY CS SOURCE 2023 PROMOSI E-SUKAN DALAM KALANGAN MAHASISWA UPMKB

KEJOHANAN BACK TO CENTURY CS SOURCE 2023 PROMOSI E-SUKAN DALAM KALANGAN MAHASISWA UPMKB

DALAM era teknologi yang semakin pesat ini, e-sport atau e-sukan yang melibatkan permainan video semakin popular dalam kalangan golongan muda.

Ini terbukti dengan kejayaan Kejohanan “Back to Century: CS Source 2023”, yang dianjurkan oleh pelajar CS Club Sesi 2022/2023 dan telah menerima sambutan yang menggalakkan daripada pelajar Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB).

Menurut pengarah Kejohanan Back to Century: CS Source 2023 Mohamad Adam Hafizi Tahah, kejohanan ini bertujuan untuk meningkatkan minat pelajar dalam e-sukan dengan meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah serta kemahiran insaniah yang lain seperti kemahiran organisasi, kerjasama, pemikiran kreatif dan kritis.

Program seperti ini seharusnya digalakkan dalam kalangan pelajar universiti kerana ia membantu membangunkan kemahiran insaniah yang penting dan memberikan pengalaman baharu kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Nor Zanariah Zainol @ Abdullah, turut mengambil kesempatan untuk memberikan ucapan ringkas dan mengulas kejayaan program ini yang merupakan pertandingan e-sukan pertama anjuran jabatan ini. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli CS Club atas kejayaan program ini yang berjaya dijalankan dalam masa hanya dua minggu.

Kejohanan ini melibatkan 40 peserta yang membentuk lapan pasukan dengan setiap pasukan terdiri daripada lima ahli. Semasa majlis penutupan, pasukan Ukai Team Aku telah dinobatkan sebagai juara, diikuti oleh pasukan CS Club sebagai naib juara dan pasukan Maradone menduduki tempat ketiga.

Secara keseluruhannya, Kejohanan Back to Century: CS Source 2023 telah mencapai kejayaan yang gemilang, menunjukkan kepopularan e-sukan yang semakin berkembang dan pentingnya membangunkan kemahiran insaniah selaras dengan kecekapan teknikal.

Date of Input: 08/06/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcAAx~