JUALAN SAYUR HIDROPONIK DI PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI PPDK BINTULU | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » JUALAN SAYUR HIDROPONIK DI PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI PPDK BINTULU

JUALAN SAYUR HIDROPONIK DI PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI PPDK BINTULU

Bintulu: Jun 13, 2023, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK Bintulu) telah memulakan gerai jualan sayur hidroponik di hadapan pusat berkenaan. Sayur-sayuran hidroponik itu ditanam oleh usahawan muda orang kurang upaya (OKU) di bawah program “Team Up with Invisible Minoriti Yet Powerful Organisms (T-I-N-Y) di bawah Skim Pemindahan Ilmu (KTGS).

Program tersebut dijalankan di bawah Makmal Biodiversiti Borneo, Institut Sains Ekosistem Borneo (IEB), Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) bersama Pusat Transformasi Komuniti Universiti-UCTC UPM melalui visi dan misi merancang program kemasyarakatan melalui pemindahan ilmu dan pembangunan komuniti.

Program yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Leong Sui Sien (Penyelidik Bersekutu IEB dan pensyarah Jabatan Sains Haiwan dan Perikanan, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, UPMKB). AP Dr Leong berharap program ini dapat menyediakan persekitaran yang menyokong dan memupuk minat orang kurang upaya untuk menanam sayur hidroponik mereka. Program ini boleh meningkatkan ekonomi pusat dan merangsang kemahiran deria atau pergaulan mereka dengan melakukan penanaman hidroponik secara hands-on menggunakan mikrob berkesan dan menjual produk mereka di pusat.

Dr Syeed SaifulAzry Osman Al Edrus (Pengarah, IEB) menggalakkan lebih ahli OKU muda untuk menyertai program ini. Beliau berharap program itu dapat memupuk lebih ramai OKU untuk bekerja sendiri dan menjadi usahawan. “Walaupun ramai OKU menghadapi kesusahan untuk mendapatkan pekerjaan, kami berharap melalui program berkebun hidroponik ini, mereka dapat mengukuhkan kebolehan mereka dalam penanaman sayur-sayuran untuk sara diri,”, kata Prof. Dr. Patricia King Jie Hung (Timbalan pengarah, IEB). Dr Latifah Omar (Ketua Makmal Biodiversiti Borneo, IEB) seterusnya menambah bahawa program seperti ini akan memupuk lebih ramai usahawan OKU, memberi latihan dan mewujudkan peluang perniagaan untuk mereka.

Untuk menjayakan program T-I-N-Y, kita sepasukan telah menunjukkan dedikasi dan keazaman yang sebenar. Ucapan terima kasih yang tulus kepada pasukan IEB: Prof. Dr. Patricia King Jie Hung (Timbalan pengarah), Dr. Mugunthan A/L Perumal (Pegawai Penyelidik Kanan, IEB, UPMKB), Mdm. Hadiah Binti Sandi (Penolong Kanan Pendaftar), Pn. Fariza Binti Sarkawi (Setiausaha), Dr Azizul Hakim Lahuri (Pensyarah Kanan, Jabatan Sains dan Teknologi, Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan, dan Sains), dan En Bohari bin Mohd Zini (Usahawan Hidroponik Berjaya, Bintulu).

Date of Input: 21/06/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcAAp~