JOM GEGAR JEPAK : SAHABAT MARITIM BEBAS DADAH BERSAMA KOMUNITI JEPAK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » JOM GEGAR JEPAK : SAHABAT MARITIM BEBAS DADAH BERSAMA KOMUNITI JEPAK

JOM GEGAR JEPAK : SAHABAT MARITIM BEBAS DADAH BERSAMA KOMUNITI JEPAK


Bintulu, 13 Januari 2024 - Program Jom Gegar Jepak : Sahabat Maritim Bebas Dadah bersama Komuniti Jepak telah diadakan pada 13 Januari 2024 (Sabtu), di Balairaya Kampung Jepak.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Iskandar bin Turkee, ADUN Jepak. Program anjuran pelajar Bacelor Sains Pembangunan Manusia dan Pengurusan Semester 1 sesi Akademik 2023/2024 melibatkan sinergi kerjasama Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB), Majlis Pembangunan Sosial Sarawak, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Bintulu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu, Pejabat Daerah Bintulu, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Bintulu, Lembaga Kemajuan Bintulu, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Bintulu, Polis Di Raja Malaysia, Boulevard Shopping Mall, Lembaga Amanah dan Kebajikan Islam Bintulu.

Program jaringan komuniti bagi kursus Pengantar Pembangunan Komuniti (FEM3331) di bawah komponen CARE (Community Resilience Experential Learning) melalui projek lapangan Service Learning Malaysia University for Society (SULAM), bertujuan untuk memberi pendedahan kepada belia di kawasan berkenaan tentang bahaya aktiviti jenayah di perairan dan penyalahgunaan dadah .

Program yang bermula dari pukul 7.00 pagi sehingga 5.00 petang ini dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik merangkumi 20 aktiviti seperti Forum dan Diskusi, Pertandingan Sukan, Segmen Kanak-kanak/ Remaja Pemimpin Masa Hadapan, pameran dari agensi dan jabatan kerajaan serta banyak lagi.

Penghargaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama sepanjang program ini. Tahniah kepada pelajar-pelajar BSPMP Semester Pertama.

Date of Input: 18/01/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcSAc~