JADIKAN SARAWAK PENGEKSPORT BERAS : PREMIER | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » JADIKAN SARAWAK PENGEKSPORT BERAS : PREMIER

JADIKAN SARAWAK PENGEKSPORT BERAS : PREMIER

GEDONG: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg menghadiri Program Jalinan Kasih Tani Beranyi bersama Premier Sarawak di Kampung Lubok Punggor pada Isnin.

Ketika berucap di program berkenaan, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, Sarawak memerlukan beberapa tahun lagi iaitu selewat-lewatnya 2030 untuk menjadi pengeksport beras.

Sehubungan itu jelas beliau, pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan Sarawak dalam memantapkan lagi pengeluaran beras termasuklah menaik taraf sistem aliran dan perparitan di kawasan Lubok Punggor.

Jadi saya telah meluluskan untuk membuat pengairan di kawasan Lubok Punggor sebanyak RM30 juta dan saya telah meminta pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) untuk memulakan projek ini.

Usaha ini adalah untuk memastikan pengairan air ke kawasan sawah padi mencukupi, jelas beliau.

Selain daripada dana RM30 juta, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong memberitahu pihaknya akan menggandakan lagi jumlah import benih beras untuk ditanam di kawasan-kawasan lain selain Lubok Punggor.

Keduanya ialah benih kerana kita perlukan benih yang mencukupi.

Benihnya mesti ada apabila padi sudah dituai, tanah tersebut dibiarkan kosong selama sebulan barulah kita tanam dengan padi yang baharu.

Barulah kita dapat menambahkan pengeluaran beras dari kawasan ini, tambah beliau.

Date of Input: 28/02/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcNAu~