GRADUAN ORANG ASLI BANGGAKAN SUKU KAUM SEMELAI | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » GRADUAN ORANG ASLI BANGGAKAN SUKU KAUM SEMELAI

GRADUAN ORANG ASLI BANGGAKAN SUKU KAUM SEMELAI

Bintulu, 4 November – Impian untuk menjadi contoh kepada suku kaum Semelai akhirnya tercapai apabila Yari Estadanial Sokyen berjaya menamatkan pengajian dalam Diploma Kejuruteraan Pertanian pada Majlis Konvokesyen UPM ke-47 Sidang 1 pada hari ini.
Beliau yang merupakan Graduan Diploma Kejuruteraan Pertanian, meluahkan perasaan gembira apabila berjaya membanggakan penduduk kampungnya meraih segulung Diploma untuk keluar dari kelompok kesusahan dengan pendidikan.
Walaupun banyak cabaran yang terpaksa ditempuhi ketika menyambung pelajaran di universiti, itu bukan alasan untuk berputus asa dalam mengejar cita-cita terutamanya dalam bidang pertanian yang mempunyai skop yang cukup luas.
Sebagai Orang Asli kita sepatutnya perlu bergerak seiring dengan teknologi tanpa melupakan adat istiadat suku kaum Semelai dan dapat membantu generesai muda yang lain juga.
Bukan senang untuk saya keluar dari kelompok suku kaum kami dan terbang ke UPMKB untuk menimba ilmu. Namun, saya ingin menjadi seorang yang berjaya dan membantu suku kaum saya dan juga berbakti kepada mereka, katanya.
Beliau berpendapat untuk berjaya, bukanlah satu halangan tetapi mencubalah sesuatu yang baharu dan jangan pernah gentar untuk mencapai sesuatu dalam kehidupan.
Kita mesti bangga dengan diri kita dan apa yang kita ada, ujarnya.

Date of Input: 19/12/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcLAm~