GADIS PENAN TEKAD SAMBUNG BACELOR SAINS PERHUTANAN UPMKB DEMI HUTAN LESTARI | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » GADIS PENAN TEKAD SAMBUNG BACELOR SAINS PERHUTANAN UPMKB DEMI HUTAN LESTARI

GADIS PENAN TEKAD SAMBUNG BACELOR SAINS PERHUTANAN UPMKB DEMI HUTAN LESTARI

Isu perhutanan di negeri Sarawak sangat berkait rapat dengan kehidupan masyarakat tempatan. Ia juga sentiasa menjadi perdebatan antara masyarakat yang menjadikan hutan sebagai sumber mencari rezeki dan kelestarian hidup masyarakat dayak.

Memilih untuk mendalami bidang perhutanan dapat membuka peluang yang besar kepada pelajar di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) bagi menghubungkan jurang antara amalan tradisional kaum pribumi Sarawak. Ini kerana negeri Sarawak cukup terkenal dengan biodiversitinya hutan.

Pelajar Bachelor Sains Perhutanan, UPMKB, Jenny James 22, merupakan waris komuniti pribumi di Sarawak yang berhubung rapat dengan hutan. Kemahiran tradisional mereka dalam berkaitan hutan kontemporari serta warisan budaya komuniti ini perlu dikekalkan dan diwariskan kepada generasi akan datang dikekalkan.

Biarpun pengajian ini dianggap sukar serta tidak ramai golongan wanita etnik Penan yang mengikuti pengajian ini, namun atas minat yang mendalam membuatkan saya sanggup untuk belajar bersungguh-sungguh demi pengetahuan kaum pribumi yang boleh meningkatkan usaha-usaha pemuliharaan biodiversiti hutan.

Saya sangat bersyukur kepada Tuhan, minat saya kepada bidang perhutanan ini akan menjadi sebuah pemahaman untuk dikongsikan kepada komuniti tempatan mengenai ekosistem hutan, spesiesnya, dan kami boleh melindungi spesies biodiversiti, katanya.

Beliau yang berasal dari Long Napir, Limbang Sarawak menyatakan sudut pandang etnik Penan terhadap hutan adalah sebagai nadi kehidupan, malahan mereka menganggap hutan adalah peti ais.

Bukan itu sahaja, tanggungjawab melindungi hutan ini adalah tanggungjawab melindungi sungai agar kekal mengalir, segar, dan bersih. Ini kerana hutan memberikan udara bersih. Menjaga hutan bererti melindungi kehidupan.

Sebab itu saya memilih untuk belajar kursus perhutanan untuk mempelajari ekosistem di Sarawak dan lebih memahami kegigihan etnik yang melestarikan hutan. Ini adalah tanggungjawab saya sebagai golongan muda untuk memelihara kehidupan etnik kami dengan lebih baik, ujarnya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Jabatan Sains Perhutanan Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan UPMKB, Philip Lepun berkata pemilihan bidang perhutanan dalam kalangan pelajar Sarawak akan membantu dalam memudahkan urusan pentadbiran hutan di negeri ini.

Ini kerana hanya orang Sarawak itu sendiri yang lebih faham untuk menyelami hati dan perasaan orang Sarawak yang hidup dan bergantung kepada hutan dan tanah.

Orang Sarawak yang terlibat dalam mengurus hutan Sarawak lebih senang mengurus dan berurusan dengan permasalahan yang berlaku dalam pentadbiran hutan dengan pihak yang terlibat. Orang Sarawak akan membantu agar semua permasalahan dapat diselesaikan secara menang-menang.

Tambah beliau, tanah dan hutan pemakai menua merupakan kawasan hutan dan tanah yang menjadi tempat mencari sumber makanan di dalam kawasan lingkungan kampung atau rumah panjang. Masyarakat sering keliru dan bingung akan statusnya kerana mengikut pemahaman masyarakat Dayak mereka telah menghuni kawasan ini sejak dari dahulu lagi.

Undang-undang yang diwujudkan kini menidakkan hak miliknya daripada mereka atas alasan kawasan hutan ini diberikan lesen kepada syarikat untuk dibangunkan. Mereka tidak mempunyai kuasa untuk mempertahankanya daripada diganggu atau dirosakkan. Ini kereka jika hutan rosak maka sumber makanan mereka akan terjejas, ujarnya.

Date of Input: 19/12/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcGAO~