FORUM PENDIDIKAN TINGGI ANTARA MENGEJAR CITA-CITA ATAU MENCARI PEKERJAAN AWAL | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » FORUM PENDIDIKAN TINGGI ANTARA MENGEJAR CITA-CITA ATAU MENCARI PEKERJAAN AWAL

FORUM PENDIDIKAN TINGGI ANTARA MENGEJAR CITA-CITA ATAU MENCARI PEKERJAAN AWAL


Daro, 15 Januari 2024 - Universiti Putra Malaysia telah mengadakan program di SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Normah (TPDPHN) iaitu Program Outreach Pendidikan Tinggi Daro yang telah dihadiri oleh YB Tuan Haji Safiee Bin Haji Ahmad, ADUN N.43 Daro dan menyampaikan Ucaptama Program Outreach Pendidikan Tinggi Daro serta menjadi Ahli Panel Kehormat Forum Pendidikan Tinggi "Antara Mengejar Cita-Cita atau Mencari Pekerjaan Awal" kepada pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan SPM dan STPM tidak lama lagi.

Program ini diadakan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Antara IPTA yang turut serta dalam program ini ialah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Seramai kira-kira 150 orang pelajar dan 15 orang guru SMK TPDPH telah hadir ke program ini.

Hadir sama, sebagai wakil Pengurusan UPMKB dan salah seorang panel forum di dalam program tersebut adalah Prof. Madya Dr. Noorasmah binti Saupi, Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar), Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, UPMKB. Turut hadir juga adalah Timbalan PPD Daro Sektor Pembelajaran, Cikgu Nancy Anak Ngumbang, Kaunselor Organisasi PPD Daro, Cikgu Nora Salim dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK TPDPH Normah, Cikgu Has Bin Noh.

Semoga semua pelajar mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM dan STPM, dan berjaya mendapat tempat untuk menyambung pelajaran di IPTA.

Date of Input: 18/01/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcOAj~