FESTIVAL ETHDANCE 2023 DI DEWAN UPMKB PADA 4-5 NOVEMBER DEPAN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » FESTIVAL ETHDANCE 2023 DI DEWAN UPMKB PADA 4-5 NOVEMBER DEPAN

FESTIVAL ETHDANCE 2023 DI DEWAN UPMKB PADA 4-5 NOVEMBER DEPAN

BINTULU: Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) dan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) akan menganjurkan Festival Tarian Kreatif Etnik Borneo (EthDance) 2023 pada 4 dan 5 November depan.

Menurut kenyataan UPMKB, festival itu diadakan bersempena dengan Pesta Konvokesyen UPM Ke-47 di Dewan Sri Kenyalang UPMKB pada November.

EthDance 2023 merupakan salah satu daripada lima program yang telah dirangka di bawah Semarak Belia Sarawak yang berbentuk pertandingan tarian, katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, festival itu akan menampilkan budaya dan kesenian masyarakat di kepulauan Borneo dan sebagai inisiatif bagi mengetengahkan bakat golongan belia terutamanya dalam seni persembahan tarian etnik Borneo.

Katanya, kepelbagaian kaum dan budaya di kepulauan Borneo secara dasarnya boleh menjadi lambang perpaduan, keharmonian serta model terbaik masyarakat yang ingin menikmati kemakmuran hidup bersama di Malaysia dan Borneo.

Jelasnya, pertandingan tarian ini akan menawarkan hadiah berupa wang tunai, trofi dan sijil penyertaan kepada pemenang.

Katanya, program ini juga sebagai platform memperkenalkan seni dan budaya di Borneo ke persada antarabangsa.

Tambahnya, aktiviti berkaitan kesenian dan budaya etnik perlu dilonjak mengikut peredaran masa dan teknologi memandangkan masyarakat di negara ini terutama belia kini lebih tertumpu kepada hiburan arus perdana dan aplikasi media sosial yang boleh diakses mudah melalui peranti telefon pintar yang mempunyai capaian Internet.

Justeru katanya, dengan penganjuran EthDance 2023 ini diharap mampu mempromosikan budaya dan kesenian etnik ini serta membantu menyerlah Sarawak dan Bintulu sebagai destinasi pelancongan memandangkan penyertaannya terbuka kepada peserta luar negara seperti Indonesia dan Brunei Darussalam.

Mereka yang ingin mendapat maklumat lanjut, layari laman sesawang www.btu.upm.edu.my/http://ethdance2023.upm.edu.my/ atau hubungi urus setia Rosidah Basir di talian (019-2762004, Asniar Salim (013-8041030) dan Masna Suhaili (012-8797212).

Date of Input: 12/10/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEbWA1~