EKSPO KERJAYA PERKESO TAWAR 1,300 PELUANG PEKERJAAN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » EKSPO KERJAYA PERKESO TAWAR 1,300 PELUANG PEKERJAAN

EKSPO KERJAYA PERKESO TAWAR 1,300 PELUANG PEKERJAAN

BINTULU: Ekspo Kerjaya Myfuturejobs@Semarak Belia Sarawak anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang bakal berlangsung di Dewan Sri Kenyalang Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) menawarkan 1,300 peluang pekerjaan buat anak jati Sarawak.

Jurucakap PERKESO dalam satu kenyataan hari ini berkata, ekspo yang mendapat kerjasama daripada Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak dan UPMKB itu bakal berlangsung selama dua hari iaitu pada 25 dan 26 November bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

"Ekspo kerjaya ini merupakan antara yang terbesar yang akan diadakan bagi membantu anak jati Sarawak khususnya lepasan sekolah atau institusi pengajian tinggi termasuk golongan belia merebut pelbagai peluang pekerjaan yang ditawarkan sesuai dengan kelayakan masing-masing," ujarnya.

Apa yang penting jelas beliau, program kerjaya sebegini akan menjadi asbab bagi membantu penduduk tempatan mendapatkan pekerjaan sekali gus menuju ke arah masa depan yang lebih cerah.

Untuk pertanyaan katanya, boleh hubungi Ajwad di talian 014-9496480 atau Adawiyah 019-2903226.

Peserta dinasihati agar membawa bersama dokumen akademik serta dokumen berkaitan seperti resume, gambar ukuran pasport dan salinan sijil-sijil akademik.

Mereka juga boleh melayari laman sesawang www.myfuturejobs.gov.my bagi mendapatkan maklumat berkaitan jawatan kosong yang ditawarkan.

Untuk pendaftaran kehadiran, setiap peserta berminat boleh mengesahkan kehadiran dengan melayari laman sesawang http://ekspokerjaya2023.upm.edu.my/

Date of Input: 19/12/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcLA2~