DIDIK STAF TERLIBAT AKTIVITI SUKARELA UPM ZON BORNEO | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » DIDIK STAF TERLIBAT AKTIVITI SUKARELA UPM ZON BORNEO

DIDIK STAF TERLIBAT AKTIVITI SUKARELA UPM ZON BORNEO

Bintulu, 22 Nov - Seramai 30 orang staf UPM Kampus Bintulu telah dilantik sebagai Sukarelawan UPM bagi Zon Borneo. Pelantikan adalah secara bersasar dalam fasa pertama untuk mengikuti kursus kesukarelawanan yang dianjur oleh Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia Pejabat Pendaftar. Khidmat komuniti adalah terma sinonim bagi staf dan pelajar UPM yang aktif melaksanakan aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawan ini dilaksanakan bertujuan untuk menyemai semangat kesukarelawanan dalam kalangan staf di universiti ini.

Misi sukarelawan ini juga memberi impak yang positif kepada para sukarelawan. Mereka bukan sahaja dapat menimba ilmu yang berfaedah, malah misi ini telah menjadikan mereka lebih tabah, fleksibel dan bijaksana dalam menangani isu-isu berkaitan kemasyarakatan. Misi tersebut juga adalah contoh terbaik bagaimana universiti dan komuniti tempatan dapat bekerjasama untuk membantu golongan yang memerlukan.

Semoga para staf yang dilantik dapat memperoleh manfaat daripada program kesukarelawanan ini dan terus menyemai semangat kesukarelawanan dalam kehidupan mereka serta berkhidmat bakti demi golongan yang memerlukan selaras dengan slogan UPM iaitu Berilmu, Berbakti dan terus mansang.

Turut hadir adalah YBhg. Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini Pengarah Kampus, UPMKB, En. Noor Hakim Akhmad Ketua Pentadbiran, UPMKB, En Bukryman Sabri, Pejabat Naib Canselor UPM, Prof. Madya Dr. Mohd Rafee Baharudin, Pengarah PPKKP UPM dan staf Pejabat Staf Pendaftar, UPM.


Date of Input: 19/12/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcUAZ~