BERSEDIA TANGANI CABARAN DALAM PENGAJIAN DI UNIVERSITI | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » BERSEDIA TANGANI CABARAN DALAM PENGAJIAN DI UNIVERSITI

BERSEDIA TANGANI CABARAN DALAM PENGAJIAN DI UNIVERSITI

BINTULU: Para pelajar universiti diingatkan untuk terus berusaha mencapai kejayaan serta perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran sepanjang dalam tempoh pengajian di universiti.

Pengarah Kampus Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) Profesor Dr Shahrul Razid Sarbini berkata, pelajar universiti perlu belajar bersungguh-sungguh meskipun bakal menempuhi pelbagai cabaran sepanjang tempoh berada di universiti.

Katanya, mereka perlu terus berusaha untuk mencapai kejayaan kerana mereka telah selangkah ke hadapan dalam mengejar impian dan cita-cita.

"Pelajar baharu pula perlu menerima cabaran ini secara positif," katanya pada sesi bersua muka bersama Pelajar Baharu Sesi Akademik 2023/2024 (Ambilan Diploma dan Persediaan Diploma Sains) UPMKB baru- baru ini.

Beliau berkata, pelajar baharu turut dinasihati agar tidak mengabaikan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh ibu dan bapa mereka untuk belajar.

"Inspirasi diberikan ibu bapa memungkinkan para pelajar mengharungi segala cabaran, tekanan dan halangan dalam pengajian dengan lebih baik, lebih matang serta berjaya," katanya.

Sebagai mahasiswa katanya, mereka seharusnya menjaga sahsiah, tidak membelakangi ibu bapa dan menghargai jasa ibu bapa mereka dalam pelbagai perkara dilakukan supaya mendapat keberkatan dalam menuntut ilmu.

Katanya, pengorbanan ibu bapa dari segi masa, tenaga, sumber kewangan dan kesabaran yang tinggi semasa menjaga anak-anak mereka merupakan pengorbanan murni yang tidak harus dilupakan.

Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar baharu kerana berjaya melanjutkan pelajaran di UPMKB sebagai salah sebuah universiti terbaik di Malaysia.

Date of Input: 03/08/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcEAE~