BELIA DIPELAWA SERTAI PROGRAM PUTRA BAKTI TEGAS | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » BELIA DIPELAWA SERTAI PROGRAM PUTRA BAKTI TEGAS

BELIA DIPELAWA SERTAI PROGRAM PUTRA BAKTI TEGAS

BINTULU: Golongan belia dipelawa menyertai Program Putra Bakti Future Entrepreneur: Road To Success di Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak TEGAS Digital Innovation Hub Bintulu, Naim Street Mall Paragon Bintulu pada 11 dan 12 Mac akan datang anjuranUPMKB dan TEGAS Digital Innovation Hub Bintulu.

Jurucakap penganjur merangkap fasilitator program Roslan Ismail berkata, di negara ini ada beberapa masalah yang dihadapi golongan belia untuk memulakan sesuatu perniagaan. Katanya, mereka kurang ilmu pengetahuan berkenaan bagaimana unjtuk memulakan perniagaan.

Justeru katanya, melalui kerjasama TEGAS Digital Innovation Hub Bintulu maka perjanjian persefahaman MoU dan kolaboratif melalui program tersebut telah dimeterai dengan UPMKB yang memfokuskan usaha penganjuran aktiviti keusahawanan serta memperkembangkan nilai keusahawanan dalam kalangan belia sekitar. Katanya, Pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit QKH2104 Usahawan Siswa Semester Kedua Sesi Akademik 2022 2023 telah merancang untuk melaksana program tersebut dengan kaedah pembelajaran secara bersemuka.

Katanya, penyertaan disasarkan seramai 50 orang dan bagi yang berminat boleh mendaftar secara dalam talian melalui pautan yang disediakan dan sebarang pertanyaan boleh hubungi fasilitatornya Roslan Ismail 0128992858.

Date of Input: 24/02/2023 | Updated: 09/05/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEdCAL~